Maka muncullah slogan biasa untuk memundurkan kebangkitan rakyat, atau paling tidak sebahagian rakyat. Jika di negara majoriti muslim seperti Malaysia, ia mungkin amat berkesan.
Slogan biasa yang saya maksudkan ini ialah 'tidak Islamik'.
Jadi, kita ada dua situasi berkaitan pilihan yang diadakan:
1. Penentangan terhadap pemerintah itu boleh jadi tidak Islamik maka ia tidak boleh disokong.
2. Pemerintah yang zalim dan menyeleweng tetapi terpaksa dibiarkan, bahkan dipertahankan!
Bagaimanakah ini menepati fitrah? Bagaimana ini menjadi Islamik?
Saya berpesan kepada diri untuk tidak menjadi 'lebih suci daripada orang lain' tanpa berbuat apa-apa yang disifatkan signifikan kepada penentangan terhadap kezaliman dan penyelewengan pemerintah.
2 maklum balas:
1. Bagaimana untuk meng-islamik-kan tampuk pemerintahan?
2. Jika di Malaysia, kita ada 2 pilihan besar. Mana satu yang menunjukkan pemerintahan Islamik? Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional?
yang islamik, pada saya ialah nilai pada setiap amalan.
jangan merujuk islamik itu kepada mereka yang mengamalkannya kerana nanti anda akan kecewa.
terimalah hakikat bahawa kita perlu hidup dalam realiti bersetuju untuk tidak bersetuju, bahawa tidak ada antara kita yang sempurna. tetapi janganlah sampai kerana disebabkan faktor kelemahan ini kita tidak berbuat apa-apa yang signifikan.
Post a Comment