2/25/2011

CCTV

Di mahkamah kini telah mula tiba bab rakaman CCTV yang mengesahkan kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari ke kawasan kondo, di mana Saiful mendakwa berlaku kejadian 'percubaan untuk meliwat' terhadapnya.

Punyalah gegak gempita seolah-olah wujud rakaman kejadian itu sendiri sebagaimana perkataan yang Nabi s.a.w. gunakan dalam hadis: "seperti celak masuk ke sarungnya".

Saya berharap media tidak jadi lidah syaitan dalam membiarkan pemanjangan fitnah. Media perlu menjelaskan sejumlah pihak lain yang turut hadir bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim ke sana. Saya yakin inilah alibi yang akan digunakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim nanti. Tidak terhad setakat itu, ia berupaya membentuk satu tanggapan baru terhadap seluruh proses, bukan sahaja perbicaraan tersebut, tetapi terhadap politik negara Malaysia.

0 maklum balas: