
Sejak 1992, saya selalu ingat bahawa Sudirman Haji Arshad, penghibur nombor satu tanah air dan Asia pada waktu itu telah meninggal dunia selepas dua hari saya menyambut ulang tahun kelahiran saya.
Waktu itu usia saya baru 10 tahun, darjah 4. Setahun sebelum itu saya masih ingat ada kedai Sudir Shoppe di seberang taman perumahan tempat keluarga kami tinggal. Di sana ada dijual air karbonat, pakaian dan juga cermin mata sudir yang abang beli dengan harga RM5.
Sudir juga selalu melukis di URTV dan berkisah tentang hubungannya dengan Atai dan Anita Sarawak serta hidupnya. Tandatangan Sudir pada lukisan tersebut adalah mirip dengan lukisan pada kulit album di atas.
Saya memang menggemari banyak lagu arwah Sudir. Kali pertama memiliki walk-man (tidak berjenama dan murah) pada usia 13 tahun, saya beli kaset kompilasi lagu-lagu beliau sempena mengenang kematiannya.
Ya, sudir sudah meninggal. Al-fatihah untuk beliau.
0 maklum balas:
Post a Comment