2/22/2011

Sisi lain tentang ketuanan dan hak istimewa...


Entah kali ke berapa saya 'tertonton' filem Slumdog Millionaire. Saya mula mendengar tentang filem ini pada tahun 2008. Seperti yang tertera di akhir filem ini - semasa tarian Jai-Ho - ia diadaptasi daripada sebuah novel bertajuk Q&A tulisan seorang diplomat, Vikas Swarup.

Saya tidak pernah membaca novel tersebut. Jika filem ini mewakili sebahagian isi utama novel itu, saya dapat bayangkan betapa hebatnya karya tersebut, dan untuk seorang diplomat menulisnya bagi saya memberi makna yang besar!

Lantas saya terbayangkan Interlok, satu lagi novel yang tidak juga saya baca tetapi telah memanggil krisis dalam masyarakat, khususnya di kalangan masyarakat India. Saya tidak tahu sama ada memang kebenaran realiti nanti akan hilang ditelan desakan akibat tekanan realiti yang lain?

Untuk sebuah realiti yang cuba ditonjolkan secara tersirat bersama sebuah pencapaian ideal yang lain, ia berjaya mengetuk pintu kesedaran saya - bahawa sejarah yang perit itu tidak semestinya selalu buruk untuk kita mencorakkan masa depan.

0 maklum balas: