3/30/2011

Lat: Kampung Boy sebuah muzikal


Ini kali kedua saya menonton di Istana Budaya selepas teater Natrah. Semalam saya bersama isteri meluangkan masa menonton Lat: Kampung Boy sebuah muzikal yang cukup menghiburkan. Teater selama sekitar 3 jam itu berbaloi untuk ditonton! Lat bukanlah kartun yang asing buat generasi kami meskipun sebenarnya ia muncul lebih awal dan generasi kami mungkin lebih mengenali Gila-Gila dan Ujang.

Lat versi teater ini adalah hasil arahan Hans Isaac dan Harith Iskandar dengan pelakon watak Lat ialah Awie. Semalam Datuk Lat juga hadir bersama menontonnya!

3 maklum balas:

azwandengkil said...

Belum berkesempatan lagi. Mmg teringin nak menontonnya. Kalau nak compare dengan Natrah kalau ikut saya boleh bg 6/10, Lat berapa agaknya ye?

Siti Kamariah said...

Lat 9/10 :-)

Budak Hutan said...

Saya fikir Natrah tak boleh dibandingkan dengan Lat kerana naratifnya berbeza. untuk saya Natrah digarap dengan baik meskipun jalan kisahnya tidak sepenuhnya menepati rekod sejarah. Lat juga baik.

Untuk saya Natrah 7/10, Lat 8/10.