4/27/2011
Bodoh
Media adalah institusi penting dalam demokrasi. Sebagaimana pasaran bebas dalam ekonomi, pasaran bebas dalam politik juga hanya lebih berpeluang mencapai tingkat lebih baik dengan cukupnya maklumat. Justeru, media harus mengambil sikap sebagai pengendali dialog nasional untuk apa juga isu berbangkit. Media tidak wajar menjadi perancang dan alat pemanjangan fitnah dan adu domba. Cara itu hanyalah usaha si bodoh yang berterusan mahu membodohkan orang ramai. Sambil media perlu menjalankan peranan tersebut, si pembaca juga tidak seharusnya selesa membiarkan diri bodoh dan sedia diperbodohkan.
Kata Kunci
Institusi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 maklum balas:
Di Malaysia, media arus perdana adalah satu bentuk indusri.
Media sebegini yang berpihak bukanlah perkara ganjil kerana media pada dasarnya ada kepentingan sendiri untuk memuaskan hati para pemegang sahamnya.
Media mampu mengawal serta memandu arah persepsi masyarakat. Namun, masyarakat yang bijak menilai juga sebenarnya mampu mengawal dan memandu arah persepsi media.
Post a Comment