Saya bimbang dengan wacana yang muncul dalam isu ekonomi di Malaysia. Ramai yang bercakap tentang 'kenaikan' harga di permukaan. Sebelum ini, ketika saya bercakap di beberapa universiti, saya menyatakan bahawa isu sebenarnya ialah kuasa beli, bukan harga tinggi.
Harga tinggi boleh jadi satu isu jika ia memang berpunca daripada campur tangan kerajaan yang menghalalkan monopoli atau kartel. Jika harga tinggi itu tepat dengan harga pasaran, maka ia sebenarnya adalah harga yang adil. Jika tidak, adalah penting untuk rakyat diajak bersama memahami persoalan kuasa beli supaya jika berlaku pertukaran kerajaan, agenda meningkatkan produktiviti itu juga jelas.
1 maklum balas:
menghalalkan monopoli dan pasaran bebas tidak boleh tidur sebantal. Dan tiada penerangan menyeluruh kepada awam tentang masalah/maksud sebenar kenaikan harga menyebabkan kebanyakkan orang memperguna/dipergunakan. Tapi bagi aku kenaikan harga sekarang has little to do with free market. Tidak sehingga deregulation kuasa pasaran terjadi.
Post a Comment