8/14/2011

Golongan Kiri



Saya sibuk sampai tak sedar bahawa buku yang telah diterjemahkan saya beberapa bulan lepas telah siap dicetak dan dijual pada harga RM18 di pasaran. Saya menghargai isu-isu perjuangan golongan kiri meskipun selalu berbeza pendapat tentang kaedah menanganinya. Saya lebih cenderung kepada pendekatan ideologi libertarianisme berbanding sosialisme dan komunisme. Namun, itu tidak menjadikan saya ralat untuk menterjemahkan hasil kerja intelektual awam Malaysia yang telah meninggal dunia, saudara Rustam Sani, anak kepada pejuang kemerdekaan, Ahmad Boestamam.

Selepas ini harus segera mengemaskini terjemahan Bastiat yang telah lengkap dan menyiapkan dua kerja buku yang lain!

1 maklum balas:

Suhaila Ismail said...

oh Rustam A. Sani tu anak Ahmad Boestaman, baru tahu. tQ

Seronok jumpa yg sealiran - TERJEMAH.