9/11/2011

911

Ya, hari ini 10 tahun genap peristiwa 911. Banyak belum dirungkai daripadanya. Saya punya keyakinan bahawa ia adalah konspirasi. Itu tidak bermakna saya menafikan wujud sejumlah ancaman keganasan dari kalangan yang mengaku muslim.

Lama tidak menulis. Raya tahun ini bersekali dengan sambutan kemerdekaan. Ia juga hangat dengan perdebatan berterusan isu yang bermula dari kenyataan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS, tentang Mat Indera.

Selepas melihat pelbagai sisi, saya menulis sedikit tentangnya.

Lanjutan daripada isu tersebut, kini timbul pandangan baru (sebenarnya tidak baru buat saya) tentang sama ada British pernah menjajah negara kita atau tidak. Dalam hal ini saya cenderung bersetuju dengan Profesor Abdul Aziz Bari bahawa secara teknikalnya nampak tidak, tetapi secara hakikatnya ya.

Saya juga sudah jarang menulis. Saya kehilangan mood untuk menulis. Bertambah rasa sedih kerana kehilangan dua buah buku...

0 maklum balas: