HIMPUN ada hak untuk berhimpun sebagaimana dijamin Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Bagi yang membantah, mereka juga berhak membantah.
Lakukan secara aman.
Jika ditanya, saya berpendirian HIMPUN gagal jika hanya diisi dengan 'ketakutan kepada gerak kerja penyebaran agama bukan Islam' serta 'ugutan dan cemuhan kepada penganut agama bukan Islam'.
Setiap tahun, himpunan kedua terbesar di dunia iaitu Jemaah Tabligh mengeluarkan belanja sendiri untuk berkhidmat kepada agama, bertemu manusia dan bercerita tentang kebesaran Allah s.w.t. dengan pengorbanan harta, masa dan tenaga.
Kita tidak perlu jadi tabligh, tetapi kita perlu membuang mentaliti yang menganggap Islam itu bergantung kepada kekuatan makhluk, dan bukan Yang Maha Esa.
2 maklum balas:
HIMPUN berhak marah dan beri amaran kepada non-muslim kerana cubaan "memurtadkan" muslim di Malaysia..
tetapi apa pula reaksi & pandangan HIMPUN ke atas kenyataan yang bisa membatalkan akidah kerana menolak dan mempertikaikan keadilan Hudud oleh Sister in Islam???..
saya berharap & bersangka baik ulamak2 muda UMNO akan atau telah pun cuba menerangkan apa itu Hudud kepada kumpulan Sister in Islam ini...
apa tujuan himpun...xpaham
Post a Comment