Bagi yang tidak tahu, saya mula giat menulis sejak dua tahun lalu. Maksud saya, penulisan bersifat artikel. Jika di blog, tulisan saya telah dimulakan lebih awal. Blog ini telah diberikan wajah baru dengan tulisan lama dialihkan. Blog lama saya masih boleh diakses di Muda Hanya Sekali.
Orang yang paling banyak mendorong saya menulis ialah Khalid Jaafar, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD). Selain beliau, yang turut memberikan inspirasi ialah kawan-kawan di Jalan Telawi. Waktu dulu saya sangat sukakan cara menulis Fathi Aris Omar dan Hasmi Hashim. Tulisan Fathi lazim bersifat ilmiah meskipun ada masanya ditulis santai. Hasmi pula, saya lebih dahulu suka cara beliau melontarkan pandangan lewat pidato dan sajaknya. Emosi yang dilontarkan terasa menggoncang benak fikiran saya.
Semasa majalah Siasah berada di pasaran, saya pernah cuba menghantar tiga artikel ke sana. Sayangnya ia ditolak. Sebetulnya, saya tidak tahu bagaimana penulisan artikel yang sebenar justeru saya hanya menyiapkan tulisan satu muka surat dan ini tentulah terlalu pendek untuk dijadikan artikel.
IKD banyak mengadakan bengkel dan kursus menulis. Satu daripadanya menemukan saya dengan Faisal Tehrani. Saya fikir nasihat beliau amat berharga. Ia nasihat ringkas lewat surat elektronik selepas beliau menjadi tetamu satu forum dalam seminar penulisan anjuran IKD. Seingat saya ini berlaku sekitar tahun 2002/2003.
Saya harus jujur bahawa Faisal mempunyai kelebihan mengarang kisah. Seni penulisannya baik meskipun beberapa kandungannya untuk saya masih cenderung tidak seimbang. Tapi dia sasterawan muda yang punya nama. Saya utuskan pertanyaan "bagaimana dapat menulis dengan baik?".
Jawab beliau sederhana: "mulakan sahaja. Lama kelamaan penulisan kita akan semakin baik jika kita sentiasa belajar membaikinya dengan teguran dan saranan pihak lain." Begitu lebih kurang.
Tulisan saya juga kali pertama disiarkan oleh SuaraAnum, satu projek majalah web (webzine) yang diasaskan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (kini YB bagi kawasan DUN Seri Setia). Tulisan itu pendek dan berkisah tentang perjuangan bahasa dan mahasiswa. Ia diangkat menjadi tema utama siaran berkala pada waktu itu. Wah, tentu saja saya girang! Meskipun tulisan itu jauh daripada bagus, saya terasa sangat dihargai.
Mulai saat itu saya bertatih dan tidak jemu menulis. Saya tahu masih banyak yang perlu dipelajari. Saya selalu cemburu dengan teman-teman yang punya ketajaman fikir dan dapat melontarkan fikiran dan perasaan mereka dengan cukup baik.
Wan Saiful Wan Jan, Pengarah Eksekutif IDEAS juga mempunyai caranya tersendiri. Beliau membawa saya kembali ke era persekolahan. Anda hanya perlu pilih satu tajuk dan sikap yang diambil. Kemudian berikan tiga isi utama untuk menyokongnya sebelum ditutup dengan kesimpulan. Ya, mudahnya untuk menulis! (Mudah?)
Tahun lalu mungkin tahun bersejarah buat saya. Meskipun saya menulis di beberapa kolum dan tulisan saya pernah tersiar di banyak media, 2010 menjadi bermakna apabila saya ditawarkan menulis buku oleh IKD berkisar isu alam sekitar - pemanasan global dan perubahan iklim. Ia sudah terbit pada Disember 2010 dan saya kisahkan sedikit di kolum saya, di sini.
1/31/2011
1/30/2011
Tidak Islamik
Maka muncullah slogan biasa untuk memundurkan kebangkitan rakyat, atau paling tidak sebahagian rakyat. Jika di negara majoriti muslim seperti Malaysia, ia mungkin amat berkesan.
Slogan biasa yang saya maksudkan ini ialah 'tidak Islamik'.
Jadi, kita ada dua situasi berkaitan pilihan yang diadakan:
1. Penentangan terhadap pemerintah itu boleh jadi tidak Islamik maka ia tidak boleh disokong.
2. Pemerintah yang zalim dan menyeleweng tetapi terpaksa dibiarkan, bahkan dipertahankan!
Bagaimanakah ini menepati fitrah? Bagaimana ini menjadi Islamik?
Saya berpesan kepada diri untuk tidak menjadi 'lebih suci daripada orang lain' tanpa berbuat apa-apa yang disifatkan signifikan kepada penentangan terhadap kezaliman dan penyelewengan pemerintah.

Kata Kunci
Falasi
1/29/2011
Tenang dan Gobala
Beberapa minit lagi tamatlah tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil di Tenang, Johor. Calon yang bertanding keduanya pernah menjadi kakitangan kerajaan. Seorang mewakili UMNO-BN dan seorang lagi calon PAS-PR. Seorang lelaki, seorang wanita.
Maaf, bukan kerana calon PAS itu wanita. Tetapi, sampai sekarang saya tidak boleh mengingati nama calon lelaki yang bertanding. Pada saya, itu menggambarkan calon lelaki itu lebih banyak menumpang kekuatan parti yang diwakilinya sementara calon wanita ini namanya lebih mudah diingati berbanding partinya (sekurang-kurangnya untuk kempen kali ini) - sama ada kerana kempen baik atau buruk berkaitannya.
Saya tidak minat bicara siapa yang akan menang kerana politik melebihi persoalan tersebut. Cuma, saya suka mengajak rakyat - sama ada berparti atau tidak - untuk melihat garis kempen yang diambil. Kempen apa yang lebih membawa rakyat ke satu tingkat penghayatan hidup bernegara secara demokratik dan kempen apa pula yang sebaliknya? Jika maklumat dasar atau perjuangan yang hendak dibawa oleh parti A mudah didapati di media arus perdana, kenapa tidak maklumat dasar dan perjuangan parti B?
Semakin banyak kita bertanya, semakin banyak kita akan melihat sebahagian kebusukan yang ada dalam proses kita hidup bernegara di Malaysia. Kebusukan ini sebenarnya hadir meminta kita menyediakan diri untuk membersihkannya.
Mungkin itulah sebab kenapa Gobalakrishnan memilih untuk ikut dalam arus perjuangan reformasi sejak 1998 dulu. Hari ini beliau keluar parti, mungkin atas prinsip perjuangan yang dipegang. Pilihan beliau mesti dihormati.
Cuma, apabila pilihannya dibuat tatkala kempen di Tenang sedang berlangsung di hari akhir, maka saya tidak nampak bagaimana tindakan itu tidak mempunyai motif politik yang cetek berbanding prinsip perjuangannya, jika itu yang mahu dijadikan alasan.

Politik
Interlok
Saya harus terus terang bahawa saya tidak pernah membaca Interlok, novel karya Abdullah Hussain yang diterbitkan pada tahun 1996 dan kini menjadi kontroversi disebabkan tuntutan sebahagian segmen masyarakat India di Malaysia.
Kontroversi ini, setakat yang difahami, berpunca daripada apa yang disifatkan sebagai 'kandungan yang menghina kaum India'. Protes ini telah membawa kepada acara membakar buku.
Saya fikir kita perlu jelas. Pertama, bakar buku bukan kerja orang bijak. Bakar buku adalah sama dengan kerja mengharamkan buku, menghalang penulis menulis atau mengharamkan orang bercakap.
Masyarakat memang ada yang tidak rasional. Memang ada yang suka membiarkan diri mereka lekas terpengaruh dengan apa juga maklumat yang selalunya telah mereka persetujui sebelumnya.
Interlok ialah karya sastera. Ia merupakan buah fikir penulis yang mengungkap realiti tanggapannya. Sebagaimana idea daripada penulisan atau percakapan, ia tidak sunyi daripada suara tidak setuju, bantahan atau pembelaan. Selagi mana ia dilakukan secara aman, teruskan.
Memandangkan ia telah jadi kontroversi, dialogkan saja di pentas intelektual.
Saya tidak berharap Pak Menteri atau mana-mana ahli politik membicarakannya. Objektif mereka, biar setinggi mana pun inteleknya, selalu ada pada 'kemenangan undi'.
Bukan! Saya tidak bermaksud ahli politik jangan membicarakannya. Memang mereka perlu tahu kerana mereka berada di posisi membuat dasar. Namun, yang lebih penting dan menjadi pendahulunya harus orang sastera itu sendiri.
Katakanlah, ia memang fakta atau sejarah yang dirakam dan sukar diterima oleh masyarakat India. Ini tidak menjadikan novel Interlok itu perlu diharamkan atau dibakar. Yang perlu mungkin digantikan saja dengan novel lain. Beri royalti yang perlu kepada pengarangnya dan bukan dipinda harta inteleknya.

Buku
Domino
Saya masih tidak tidur. Berita di al-Jazeera memaparkan detik demi detik, ulasan demi ulasan berkaitan tunjuk rasa di Mesir.
Khabarnya, di Jordan juga sudah mula semarak kebangkitan massa menunjuk rasa terhadap pimpinan yang menekan.
Tunjuk rasa memang ada sisi baik dan buruknya, biasanya tergantung kepada sejauh mana sikap autoritarian itu dirasakan massa.
Namun, situasi di Tunisia, Mesir dan Jordan barangkali, mungkin tidak akan mudah difahami oleh mereka yang lekas menganggap protes itu sentiasa sia-sia

Antarabangsa
Anwar dan Pengganas
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengarahkan siasatan dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pengganas.
Mungkin pilihan mereka untuk menyekat pergerakan Datuk Seri Anwar kian kurang. Tohmahan dan tuduhan yang dihadapkan selama ini nampak tidak berkesan.
Saya fikir rakyat Malaysia boleh mula membeli buku dan mencatat semua jenis kejahatan yang mungkin ada di dunia serta boleh mula menyemak apa lagi tuduhan yang belum dihalakan kepada Anwar.
Mungkin saya boleh bagi satu cadangan dalam senarai berkenaan: curi kasut di masjid!

1/27/2011
Memajukan Wacana Politik
Jika ditanya siapa yang patut menang Pilihan Raya, saya akan menjawab "tidak kisah, asalkan mereka melakukan perkara yang betul dan jika ada kesilapan, mereka sedia mengakuinya serta mengambil tindakan membetulkannya".
Ideal bukan? Tapi sejak bila manusia menganggap berusaha mencapai sesuatu yang lebih baik itu tidak perlu - malah salah?
Saya memang tidak begitu faham apabila seseorang berpendapat bahawa realiti menuntut sikap pragmatik sampai akhirnya perubahan bukanlah satu pilihan untuk difikirkan. Terima saja...mungkin itu fikir mereka!
Saya jenis yang percaya bahawa realiti mesti disantuni tanpa perlu kita mengorbankan idealisme yang sepatutnya diperjuangkan. Adakah kezaliman mesti dibiarkan hanya kerana kita terpaksa berdepan dengan sebuah 'kekuasaan' makhluk yang mungkin lebih besar daripada kita?
Banyak logik singkat yang menghambat kemajuan wacana politik di Malaysia. Saya fikir ini mesti dirungkai oleh masyarakat yang sentiasa berasa diri mereka lebih baik - sampai menganggap politik dan pemain politik itu kotor, lalu menjauhinya.
Barangkali mereka terpukau dengan cerita tong tahi. Faham mereka, sekiranya kita mahu mencuci tong tahi, kita jangan masuk ke dalam tong tahi itu kerana nanti akan terpalit dengan tahi yang ada.
Satu perkara yang ingin saya tanya, kenapa mesti mengambil tong tahi sebagai tamsilan? Apa yang tong tahi? Siapa yang tahi? Agaknya jika ditukar tong tahi tu kepada perkara lain apa akan jadi?
Sebenarnya, saya fikir alasan sebenar kepada penolakan seseorang terhadap politik tidak lebih daripada rasa tidak sanggup untuk menghadapi risiko politik.

1/26/2011
1/22/2011
Tunisia 2
Ada rakan memberi komentar balas di Facebook yang memaksudkan bahawa:
Saya mungkin berbeza pandangan. Untuk saya, agama pada satu sisi lain sebenarnya hadir untuk membuktikan ketidak-sempurnaan manusia. Bahkan, tidak keterlaluan untuk saya menegaskan bahawa ketidak-sempurnaan ini tidak dapat diuruskan oleh kemaksuman Rasulullah s.a.w. sendiri.
Mungkin sebab itu ada kata-kata yang menarik boleh kita baca iaitu ahli politik dan lampin mempunyai dua persamaan iaitu ia mesti ditukar dari semasa ke semasa.
"Yang tidak dilihat juga adalah selepas kemuncaknya. Adakah revolusi akan membawa perubahan yang baik atau sebaliknya. Kalau baik maka Allah Maha Besar. Dia memberi kerajaan kepada siapa Dia kehendaki. Kalau buruk maka manusia itu memang sentiasa dalam tergesa-gesa."Jawab saya:
"...dakwaan tersebut ada kebenarannya. Namun, masa depan ialah sesuatu yg belum pasti, atau kebarangkaliannya jatuh kepada 50:50 sementara yg telah berlaku adalah pasti."Dijawab lagi oleh rakan lain:
"Jika saya berusaha, ianya termasuk untuk tidak memberi ruang kepada pengganti yang akan buat perkara yang sama, atau lebih teruk.Saya suka retorika politik di Malaysia. Satu antara sebabnya ialah kesukaan menggunakan mesej agama. Mesej agama sudah tentu dikaitkan dengan sifat sempurna. Sebab itu, seringkali manusia berhajat akan kuasa dengan niat untuk menyempurnakan kehidupan semua.
Saya tidak menghakimi masa depan. Saya hanya menghakimi petunjuk yang zahir. Saya juga tidak pernah berhasrat menyekat mereka yang inginkan perubahan ke arah kebaikan. Namun ada ketikanya saya menjerkah kesilapan yang boleh membawa padah kepada umat."
Saya mungkin berbeza pandangan. Untuk saya, agama pada satu sisi lain sebenarnya hadir untuk membuktikan ketidak-sempurnaan manusia. Bahkan, tidak keterlaluan untuk saya menegaskan bahawa ketidak-sempurnaan ini tidak dapat diuruskan oleh kemaksuman Rasulullah s.a.w. sendiri.
Mungkin sebab itu ada kata-kata yang menarik boleh kita baca iaitu ahli politik dan lampin mempunyai dua persamaan iaitu ia mesti ditukar dari semasa ke semasa.
Kata Kunci
Antarabangsa
1/20/2011
Tunisia
Ramai gembira dengan apa yang berlaku di Tunisia. Presidennya Zine al-Abidine Ben Ali dan isteri Leila Trabelsi berserta keluarganya telah melarikan diri daripada negara tersebut selepas rakyat memilih jalan raya untuk menyatakan sikap tegas terhadap kezaliman beliau.
Rakyat di Malaysia mungkin hanya mendapat khabar akhir sahaja - bahawa Presiden dan keluarga mereka ini ditentang rakyat disebabkan rasuah dan kezaliman. Apa yang mungkin tidak diceritakan ialah sebelum penentangan ini berlaku seperti yang ada sekarang, momentumnya telah digerakkan jauh lebih awal. Apa yang berlaku ini hanyalah kemuncaknya.
Dalam proses sebelum kemuncak ini bukan sahaja momentum dibina, tetapi sikap dan cara pemimpin rasuah dan zalim ini menangani seluruh proses yang berlaku sejak dulu adalah hampir sama di mana-mana.
Ben Ali mungkin telah melarikan diri, namun awas kerana sistem yang 'diinstitusikannya' di dalam minda pada pendokongnya belum tentu hilang sama.
Perasuah dan diktator, sezalim mana pun mereka tetap ada yang mengikut dan bermatian mempertahankannya.
Mahukah kita memahami kenapa akhirnya rakyat sedia memilih jalan sukar untuk mendesak perubahan? Mahukah kita memahami bahawa perasuah dan diktator hanya bermaharajalela kerana sikap kenang budi membabi buta dan kegagalan kita mengambil pendirian berprinsip?
Selain matahari dan bulan, kebenaran juga selalu tidak terselindung lama.

1/19/2011
Azan dan Dakwah 3
Seruan ketiga azan pula mengisytiharkan bahawa 'Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah s.w.t.'. Pengisytiharan ini adalah penentu perbezaan dengan agama samawi yang lain di samping menjadi sumber rujukan Islam melalui perkataan dan perbuatannya. Muslim wajib mengaku, membenarkan dan mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasulullah.
Berbeza dengan lafaz kalimah Tauhid yang mempunyai kata nafi sebelum penegasan akan Allah s.w.t. yang layak disembah, kalimah kedua dalam syahadah ini terus menegaskan keRasulan Muhammad s.a.w..
Ini sesuatu yang menarik untuk cuba difahami dalam konteks bahasa.
Apa yang pasti, setakat pemahaman saya, Nabi Muhammad s.a.w. masih seorang hamba Allah s.w.t. yang dipilih untuk menjadi pesuruh-Nya. Kemaksuman Nabi s.a.w. tidak pernah bermaksud bahawa beliau tidak mempunyai keterbatasannya tersendiri.

Tabligh
Azan dan Dakwah 2
Seruan kedua dalam kalimah azan ialah kalimah Tauhid, laa ilaaha illallah - Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah! Dalam satu hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda "Barangsiapa mati dalam keadaan mengetahui bahawa tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah, maka dia akan masuk syurga".
Ilah bermaksud tuhan. Tuhan ini boleh bermaksud sembahan atau maksud lain seperti pencipta, pemberi manfaat dan mudarat, pemberi rezeki dan sebagainya.
Dalam konteks misalnya yang dipetik iaitu sebagai pemberi rezeki dan sebagainya (yang disebut Tauhid Rububiyyah), ia diakui juga oleh mereka yang tidak beriman dan tidak menganut agama Islam di zaman Rasulullah s.a.w.. Ini ditunjukkan di dalam al-Quran, surah Yunus ayat ke-31 yang bermaksud "Katakanlah, 'Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?' Maka mereka akan menjawab,'Allah'". Selain itu surah al-An'am, ayat 17 yang bermaksud "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu."
Bahkan, dalam hadis Qudsi tercatat:
"Hai manusia, kamu semua berada di dalam kesesatan kecuali mereka yang Aku berikan taufiq dan hidayah kepadanya. Oleh itu mintalah hidayah daripada-Ku. Hai manusia, kamu semua lapar, kecuali mereka yang aku berikan makan, oleh itu mintalah rezeki daripada-Ku. Hai manusia, kamu semua telanjang kecuali mereka yang Aku berikan pakaian. Oleh itu mohonlah pakaian daripada-Ku."
Dalam konteks sembahan, ia juga mempunyai masalah tersendiri. Kata 'tiada tuhan yang disembah melainkan Allah' itu boleh memberi makna bahawa semua yang disembah itu adalah Allah. Dalam surah Yaasin, ayat 73 turut menggunakan perkataan sembah kepada hal yang bercanggah dengan zat Allah "Mereka mengambil sesembahan-sesembahan selain Allah, agar mereka mendapat pertolongan".
Oleh kerana wujudnya kemungkinan salah faham terhadap pengertiannya, pemahaman yang ditawarkan untuk pengertian kalimah Tauhid ini ialah "tidak ada yang layak disembah melainkan Allah s.w.t.". Ini dapat menjelaskan bahawa memang ada sembahan lain yang diamalkan manusia. Maksud ini tepat jika merujuk kepada firman Allah s.w.t. dalam surah Luqman, ayat 31 yang bermaksud "Demikianlah, kerana sesungguhnya Allah, Dia-lah (sembahan) yang haq (benar). Dan sesungguhnya apa saja yang mereka sembah selain Allah itulah (sembahan) yang batil".
Apa yang menarik untuk disebutkan di sini ialah bagaimana perkataan atau bahasa boleh memberikan makna berbeza dari segi logik dan pemikiran.
Semasa perbincangan, kami (rakan-rakan dan saya dalam jemaah Tabligh dulu) tertarik dengan pembentukan kalimah Tauhid ini. Ia dimulakan dengan kata nafi - laa ilaaha atau tiada Tuhan yang disembah sebelum menegaskan illallah atau kecuali Allah.
Inilah antara asas kenapa jemaah tabligh sering mengulangi ungkapan-ungkapan sebagaimana contohnya dinyatakan dalam masukan sebelum ini.

Azan dan Dakwah
Terlanjur memperkatakan isu azan, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman peribadi. Semasa aktif bertabligh, kami pernah membincangkan aturan dakwah yang boleh dilihat melalui seruan azan.
Pertama, ia didahulukan dengan penerimaan bahawa Allah s.w.t. itu Maha Besar. Dalam pengertian lain, manusia mesti diajak memahami, menghayati dan menerima bahawa ada satu kuasa yang Maha Besar daripada segala-galanya. Dengan memahami persoalan inilah, azan sebagai seruan panggilan menunaikan ibadat itu dilihat penting oleh para sahabat r.anhum dulunya sehinggakan mereka sanggup meninggalkan perniagaan dan aktiviti mereka yang lain. Untuk mereka, Allah s.w.t. itu Maha Besar berbanding segala perniagan dan aktiviti mereka tersebut. Subhanallah!
Sudah tentu, seboleh-bolehnya inilah amalan terbaik muslim iaitu solat di awal waktunya. Namun, ini bukanlah satu ketetapan yang rigid. Ada hikmah di sebalik pembenaran solat dalam tempoh waktu yang ada.
Saya tidak pasti sama ada ia boleh dijadikan kayu ukur kepada tahap iman seseorang. Namun, saya seringkali hiba sendirian memikirkan betapa lemahnya amalan sendiri pada banyak sela masa yang berlalu.
Berbalik kepada seruan pertama azan yang membesarkan Allah s.w.t., kami (maksud saya aktivis tabligh dalam perbincangan tersebut) berpendapat bahawa itulah keutamaan dakwah yang kurang ditekankan kepada masyarakat. Sebab itulah aktivis tabligh cukup terkenal dengan ungkapan-ungkapan yang menjelaskan (dengan tujuan menanam) keyakinan misalnya "bukan nasi yang bagi manusia kenyang, tetapi Allah!".
Sudah tentu ungkapan-ungkapan seperti ini boleh saja diterima secara salah seolah-olah tidak ada sunnatullah (ketetapan Allah) yang menuntut manusia berusaha mencari dan makan nasi misalnya.
Sesetengah mungkin beranggapan mudah bahawa hal tersebut tak perlu disampaikan kerana ia telah diakui oleh muslim umumnya. Untuk saya pendapat ini ada kebenarannya tersendiri cuma sejauh mana ia menjadi keyakinan kita pada setiap masa itu adalah satu persoalan lain yang perlu kita bersama renungi.

1/17/2011
Azan 2
Saya selalu percaya akan kepentingan berfikir secara objektif. Meskipun seorang muslim yang tentu saja percaya dengan kepentingan azan, saya suka meneroka sisi lain yang boleh membantu saya berfikir dan melihat keprihatinan lain.
Sebagaimana pernah ditulis, azan bukan isu baru.
Di United Kingdom juga pernah berlaku isu ini. Sebahagian debatnya boleh dilihat di sini. Juga sudut pandang seorang Kristian. Hal ini juga pernah berlaku di Perancis dan di Harvard, Amerika Syarikat.
Saya suka cara manusia menyusun fikiran dalam melontarkan penghujahan mereka. Soal setuju atau tidak setuju itu untuk saya didatangkan kemudian. Berdasarkan capaian tersebut, bagaimana anda menanganinya?

Islam
Azan
Saya fikir wajar untuk muslim mengucapkan rasa terima kasih atas kenyataan jelas Dr. Mohd Asri berkaitan isu azan. Kita memang memerlukan lebih ramai ilmuwan agama yang berani tampil mengemukakan pandangan tegas dan jelas meskipun ia mungkin mempunyai khilaf (perbezaan pendapat) yang tersendiri.
Isu azan ini juga bukan isu baru. Ia isu lama yang sering dibincangkan kerana bersamanya terkandung persoalan ruang awam dan ruang persendirian.
Meskipun saya percaya bahawa ruang awam dan ruang persendirian mempunyai autonominya tersendiri, saya juga percaya bahawa ada ruang-ruang pertindihan yang wujud antara kepentingannya.
Hari ini dimaklumkan bahawa peguam yang juga ahli parti MCA itu telah memohon maaf atas kekeliruannya sehingga mendorong beliau menghantar surat aduan ke pejabat Perdana Menteri. Saya fikir kita wajar menghargai kesediaan beliau memohon maaf.
Jujurnya, saya tidaklah percaya sangat dengan alasan beliau yang mengatakan kekeliruannya dalam membezakan kuliah subuh dan azan. Saya lebih percaya jika beliau katakan kekeliruan antara bacaan al-Quran dan azan. Tambahan pula beliau merupakan graduan Universiti Malaya. Adakah baru semalam beliau tinggal di Malaysia? Atau memang beliau jenis yang tidak bercampur dengan muslin?
Saya juga hairan bagaimana surat peribadi beliau kepada Perdana Menteri boleh didapati media?
Saya minta maaf. Untuk saya, maaf itu lebih utama. Tetapi saya harus ingatkan diri dan umat ini untuk tidak menjadikan agama sebagai satu tiket permainan sentimen.
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana jika peguam itu seorang ahli DAP, pasti lain kisahnya!

1/15/2011
Muslim dan Arak 2
Saya menulis di status Facebook bahawa isu pekerja muslim di kedai arak adalah satu peluang menerangkan dan memperbaiki amalan muslim dan bukan medan mencari keuntungan politik. Sebagaimana masukan sebelum ini, saya menonjolkan keprihatinan ekonomi yang tidak wajar diabaikan oleh muslim, justeru tidak wajar YB Ronnie Liu diserang sebagai penghina Islam.
Status saya ini menjemput satu komen rakan Facebook yang menyifatkan pilihan kerja di kedai arak oleh muslim adalah isu akidah yang lebih penting untuk disantuni. Saya fikir komen beliau ini dikongsi oleh ramai muslim lain.
Saya menjawab balas komen rakan Facebook tersebut:

Bila disebut ada isu ekonomi yang mesti disantuni, itu tidak bermaksud tidak ada isu lain yg mesti disantuni.Beliau seakan tidak menerima penjelasan saya:
Saya cuba menempatkan diri daripada sudut pandang Ronnie Liu. Ronnie mungkin tidak ada kepentingan akidah yang saudara maksudkan. Jadi, untuk berdialog dengan beliau mestilah dengan melihat sudut keprihatinan beliau dan di sanalah sudut keprihatinan muslim juga boleh ditawarkan.
Saya mengambil sikap mengetengahkannya kerana di Malaysia ini entah apa pantangnya muslim tak patut mewakili suara non-muslim yang akhirnya disudahi jadi isu pertembungan kaum dan agama.
Saya menjelaskan di sini bahawa sudut pandang Ronnie itu ada keabsahannya. tidak lebih daripada itu.
Tidak berminat untuk berdialog dengan Ronnie Liu. Hanya prihatin dengan nasib akhirat sesama muslim. Selagi tidak bercanggah dengan akidah dan syariat, tiada masalah muslim menjadi suara dan juara kepada sesiapa pun.Saya fikir keprihatinan beliau jelas dan penerangan lanjut yang diberi ada keabsahannya tersendiri. Jawab balas saya:
Saya hairan melihat muslim yang melihat daerah akhirat itu hanya untuk muslim. Apakah non-muslim memang tidak ada nilai di mata muslim? Islam hanya datang untuk muslim saja gamaknya.Kemudian, ada yang mencelah:
Adakah tanpa menjual arak, kedai tersebut akan rugi?? Benda haram tetap haram, menjualnya pun haram, jangan kita cuba halalkan dengan memberi seribu satu macam alasan.Saya membalas:
Yang haram memang haram. Menjualnya haram itu di sisi muslim. Isunya di sini ialah Ronnie Liu bukan muslim dan beliau membawa persoalan tersebut dalam konteks ekonomi. Untuk saya, tidak rugi kita mendengar kerana dalam status terdahulu, saya tulis bagaimana gagalnya muslim menyelesaikan isu re-cycle ini. Yang ditawarkan hanya diktasi kuasa, bukan penyelesaian tuntas.Apa fikiran anda?
Katakan tidak rugi, untuk saya itu menguatkan lagi keperluan untuk berdialog. Jika rugi, untuk saya itu menjustifikasikan keperluan mendengar keprihatinan mereka.
Kata Kunci
Islam
1/14/2011
Muslim dan Arak
MPSJ telah menguatkuasakan larangan muslim bekerja di premis yang menjual arak. Ini telah menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat secara terbuka dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor - Ronnie Liu dan Dr. Hassan Ali.
Ronnie Liu yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Kerajaan Tempatan tentu saja berhak untuk bersuara memandangkan dasar yang telah lama ada tetapi baru hendak dilaksanakan ini memberi kesan kepada para peniaga berkaitan. Ronnie Liu tidak akan menang sebarang penghujahan jika memakai ukuran majoriti. Bahkan, jika perdebatan dibuka kepada awam sekalipun, saya tidak terkejut jika ramai bukan muslim yang menyetujui larangan ini.
Bagaimanapun, keberanian beliau bersuara dalam persoalan ini untuk saya wajar dihormati. Maka, saya tidak melihat keperluan untuk terburu menghentam beliau.
Dr. Hassan Ali juga berhak bersuara dalam isu tersebut kerana beliau bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam dan subjek yang dibicarakan terkait dengan Enakmen Jenayah Syariah.
Oleh kerana kedua-dua pihak boleh bersuara, apakah keputusan akhirnya?
Untuk saya ini adalah peluang, bukannya masalah.
Isu arak di Malaysia ini bukanlah isu baru. Paling popular dalam 10 tahun terakhir ini tentulah kes Kartika. Di Selangor sendiri pernah menjadi isu apabila Dr. Hassan Ali juga melarang penjualan arak di kawasan majoriti muslim.
Apa yang malang dalam isu arak selama ini ialah kerana ia seringkali dijadikan hujah politik kepartian untuk menunjukkan pihak mana yang lebih Islam. Persaingan begini tidak banyak mendorong mesej dakwah Islam kepada bukan muslim dalam persoalan arak, bahkan mereka melihat ia sebagai alat persaingan politik.
Mujur Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim cepat membuat keputusan untuk membantu mereka yang hilang pekerjaan ini. Namun, jika diberi pilihan, saya kurang bersetuju jika isu arak ini memerlukan campur tangan yang banyak oleh kerajaan.
Saya sedar akan hadis yang berbunyi: “Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah).
Selain hadis ini, banyak lagi hujah lain berkaitan pengharaman arak dalam Islam termasuk hukum sebatan kepada peminum arak. Elemen hukum ini tentulah melibatkan persoalan negara dan untuk saya ia mesti dibincangkan secara tuntas, rasional dan objektif.
Alat paling ampuh untuk 'menghalang' muslim daripada terlibat dengan apa yang disifatkan haram oleh Islam - dalam kes ini arak - ialah melalui pendidikan dan tentunya penghayatan hidup beragama. Namun, saya berharap tidak ada yang lekas berkata kepada para pekerja di premis menjual arak ini sebagai kurang beragama. Itu tidak akan membantu mereka untuk menghayati mesej agama.
Saya amat tertarik apabila Dato' Menteri Besar Selangor menyebut bahawa pilihan para individu yang bekerja di tempat tersebut adalah disebabkan faktor ekonomi. Ini sangat penting untuk difahami kerana jika faktor ekonomi menjadi punca, wajiblah bagi sebahagian muslim lain yang mampu untuk menyediakannya peluang pekerjaan.
Sudah tentu saya tidak memaksudkan muslim yang lain ini adalah kerajaan walaupun mungkin ia boleh jadi satu daripadanya. Di sinilah pentingnya muslim menghayati kepentingan pasaran bebas dan menyertai prosesnya secara aktif. Mungkin ada yang mahu membangkang, tetapi saya tidak berhasrat menulis tentang itu untuk masukan ini.

1/13/2011
Pilihan Raya Umum ke-13
Kebelakangan ini berita akan berlakunya Pilihan Raya Umum ke-13 kian diperkatakan. Dato' Seri Anwar lebih awal memintas dengan menyebut bahawa ia mungkin akan diadakan seawal Mac 2011.
Pintasan beliau ini boleh dilihat daripada dua sudut. Pertama, beliau ingin memberi isyarat kepada Dato' Seri Najib atau Barisan Nasional umumnya bahawa keputusan mereka berkaitan persoalan ini telah sampai kepadanya. Dalam maksud lain, Dato' Seri Anwar mempunyai jaringan sumber maklumat yang cukup dekat di dalam kerajaan atau parti lama beliau itu.
Selain itu, pintasan ini juga boleh dilihat sebagai satu usaha menunda keputusan tersebut kerana jika benar ia akan dilakukan pada Mac 2011 dan diketahui oleh Dato' Seri Anwar, Dato' Seri Najib dan Barisan Nasional boleh menunda waktu yang diputuskan itu untuk semata-mata cuba menggambarkan Dato' Seri Anwar salah.
Apa yang pasti, para pemerhati politik melihat ianya akan dibuat pada tahun 2011. Pilihan Raya Umum ini tidak mewajibkan semua Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Setakat pengetahuan saya, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor telah mengisytiharkan bahawa mereka tidak semestinya akan membubarkan Dewan tersebut bersempena Pilihan Raya Umum. Kebarangkaliannya, Dewan di negeri-negeri tersebut akan dibubarkan pada tahun 2012. Dewan wajib bubar pada Mac 2013.
Dalam hal ini, ada satu aspek berkaitan Pilihan Raya yang perlu direformasikan iaitu penetapan tarikh Pilihan Raya. Di sesetengah negara, tarikh ini telah diketahui lebih awal dan ini dapat membantu para pengundi bersedia. Ada juga tempat yang mengisytiharkan ianya cuti sivil untuk menegakkan hak rakyat memilih perwakilan mereka.

Negara
Bebas
Sesetengah orang memahami bahawa kebebasan itu bermaksud tidak masuk campur atau tidak menunjukkan sikap.
Adakah itu maksud sebenar kebebasan? Jika ditanya kepada saya, sudah tentu jawapannya tidak.
Sepanjang sejarah, manusia tidak hanya membicarakan persoalan kebebasan secara tunggal. Kebebasan dibicarakan bersama nilai-nilai lain meskipun mungkin pada satu masa tertentu hanya satu nilai yang ditonjolkan.
Manusia mahukan kebebasan. Manusia juga mahukan keadilan. Jadi, bagaimanakah nilai ini dilihat dapat bergerak seiring dan tidak mengorbankan satu dengan yang lain? Itu baru dua nilai. Bayangkan nilai-nilai lain yang diinginkan manusia seperti persamaan hak dan juga kebenaran.
Sebab itu, pada tingkat yang ideal, semua nilai-nilai ini mesti cuba dilihat secara bersama. Inilah sebab yang membawa saya kepada sokongan terhadap libertarianisme - sebuah faham yang ditegakkan dengan prinsip kebebasan individu, kedaulatan undang-undang, pasaran bebas dan kerajaan terhad. Namun, kompleksiti realiti itu juga cukup menarik untuk saya fahami dalam mengetengahkan prinsip-prinsip ini dalam kehidupan bermasyarakat.

Idea
1/11/2011
Khusrin
Jangan salah faham. Masukan ini tidak bermaksud untuk bercakap tentang peribadi Dato' Khusrin yang hangat dibincangkan dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Tajuk tulisan ini dinisbahkan kepada maksudnya - yang rugi.
Politik di Malaysia banyak dibincangkan pada skala parti, bukan sekala kepentingan negara. Ini menyebabkan pertembungan politik di Malaysia ini cenderung bersifat emosional dan tidak lagi objektif. Ia menyempitkan peluang politik idea mengambil tempat berbanding politik popular. Saya selalu membezakannya dengan kata politik kepartian dan politik kenegaraan.
Dalam perbincangan isu perlantikan Dato' Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, ada satu hal menarik terjadi. Kelihatan mereka yang menyokong perlantikan beliau bermatian membela bahawa Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyokong hak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk melantik beliau.
Sebenarnya wakil persekutuan di negeri hanyalah warisan daripada British yang meletakkan mereka di negeri kerana kurangnya pegawai di peringkat negeri yang disifatkan layak pada waktu itu. Ia diterima pakai sehingga kini.
Lantikan yang dibuat SPA ini sebenarnya berpunca daripada pindaan Perlembagaan semasa tahun-tahun awal krisis 1993-1994 berkaitan kuasa Raja-Raja. Sebenarnya, pindaan ini sangat aneh kerana pindaan di peringkat negeri ini tidak cocok dengan pindaan sebenar yang berlaku di peringkat persekutuan. Kuasa melantik tidak menjadi isu pada tahun 1993.
Pindaan ini juga diragui telah mendapat persetujuan Raja-Raja sebagaimana sepatutnya. Dalam krisis 1993-1994, aspek pindaan yang dibuat ialah berkaitan kuasa mengampun dan juga imuniti Raja-Raja yang membawa kepada kewujudan Mahkamah Khas.
Bahkan, kemudiannya Raja-Raja 'diwajibkan' mengambil nasihat daripada ketua eksekutif. Kenapa saya katakan wajib? Kerana peruntukan yang ada di negara kita menjelaskan bahawa menimbang nasihat adalah sama dengan mengikut nasihat. Bahkan, sekiranya di mana-mana yang memerlukan Raja menurunkan tandatangan persetujuan tetapi tidak berbuat demikian, pada tempoh tertentu ia dikira terpakai dengan sendirinya.
Namun, SPA jangan lekas mendabik dada bahawa mereka-lah yang berhak melantik dengan membelakangi YAB Menteri Besar Selangor dalam realiti tafsiran Undang-Undang Tubuh Selangor yang tidak jelas - melambangkan kegopohan pindaan. Dalam realiti sistem negara ini dipecahkan cabangnya kepada Legislatif (Perundangan), Eksekutif dan Kehakiman, adalah tidak wajar SPA berlagak seolah-olah mereka cabang lain yang autonomi.
Bagaimanakah kita memahami Perlembagaan kita? Setiap Undang-Undang Tubuh Negeri tidak sepatutnya kontradik dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Perlembagaan Persekutuan adalah sumber asas kepada Undang-Undang Tubuh Negeri. Dalam hal ini, apakah memang benar Ketua Setiausaha Negara (KSN) dilantik oleh DYMM Yang Dipertuan Agong tanpa melibatkan Perdana Menteri?
Ada YB menulis tentang persoalan neutraliti. Adakah beliau cuba menyamakan persoalan neutraliti ini dengan formaliti?
Lebih lucu buat saya, apakah benar mereka ini menghormati Perlembagaan, atau lebih tepat lagi Raja Berperlembagaan? Melihat kepada tindakan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak semasa krisis di sana, saya hanya boleh senyum jika tidak ketawa sekalipun, jika ada yang sungguh-sungguh percaya UMNO-BN adalah pembela keutuhan sistem kenegaraan kita.
Kitalah khusrin jika terus berfikiran begitu.

Harga barang naik 2
Saya telah menulis kuasa ringgit yang kian susut adalah isu sebenar dalam masalah kenaikan harga barang. Saya juga ada hubungkan ia dengan persoalan pembangunan tanpa nilai. Pembangunan tanpa nilai ini memaksa kerajaan berhutang. Hutang inilah yang menyebabkan nilai ringgit susut - melalui proses permintaan mata wang.
Dato' Sri Idris Jala pernah mengingatkan semua akan potensi negara untuk bankrap. Saya fikir beliau jujur. Pada hemat saya, beliau bersandar kepada teori atau prinsip ekonomi yang punya sandaran. Dalam konteks politik, secara logiknya, sebuah kerajaan tidak akan menjadi popular dengan kenaikan harga barangan.
Namun, kejujuran Dato' Sri Idris Jala ini sukar diterima kerana ia mengabaikan keperluan berlaku jujur dengan persoalan ketirisan dan rasuah. Inilah persoalan yang selalu membawa saya berbeza pendekatan dengan rakan-rakan pendokong pasaran bebas. Saya menamakan ia konteks di mana ekonomi bergerak.
Ketirisan negara mencecah ratusan billion setahun dalam tempoh sejak Petronas diwujudkan dan jumlah hutang negara kini mencecah RM326.39 billion yang bersamaan dengan 53.7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Ini real-politics yang memang sukar ditangani. Logik tidak lagi dapat diterjemah menjadi rasional apabila jawapan kepada persoalan ketirisan dan rasuah ini tidak diselesaikan tuntas. Lebih-lebih lagi, apa yang di'pasar'kan ini tidak menyeluruh dan dilihat hanya menghukum rakyat berbanding mereka yang sentiasa dijaga oleh elit pemerintah.
Cara yang mungkin boleh menyebabkan rakyat berpuas hati ialah dengan menumbangkan parti yang sedang memerintah Kerajaan Persekutuan.
Jika ditanya kepada saya, UMNO-BN memang wajar dihantar ke tong sampah sejarah. Saya juga sedar bahawa Pakatan Rakyat juga mungkin memerlukan lebih masa untuk memulihkan kerosakan yang ditinggalkan di samping keupayaan mereka sendiri mengisi tuntutan mencabar ini.
Kerisauan saya ialah nanti 'kitaran sosialisme' itu akan melanda negara. Satu demi satu kerajaan dan pemimpin akan bertukar kemudian kerana pendekatan segera (quick fix) yang popular sentiasa ditagih untuk membolehkan sesebuah parti dan tokoh diangkat menerajui kerajaan.
Sebab itu rakyat mesti jelas bahawa fokus kepada idea itu harus lebih besar daripada fokus kepada intrik politik yang tidak berkesudahan, meskipun ia tidak dapat dielakkan.

Ekonomi
1/10/2011
Bakar buku
Ramai jadi juara membela penulis dan bukunya yang dibakar kerana dianggap menghina kaum tertentu.
Sebenarnya bakar buku ini hanyalah tip of the iceberg. Ia terjadi dengan punca penyakit yang kian membiak dalam masyarakat di mana garis fikirannya hanya bermula, berlangsung dan berakhir dengan persoalan kaum semata-mata. Mungkin rasa percaya bahawa rasional dan objektif tidak mungkin boleh hidup lagi di Malaysia.
Membakar buku satu hal, tetapi janganlah menentangnya dengan cara falasi mengaitkan kesalahan (guilt by association). Ketika mereka menolak kandungan Interlok, kenapa perlu sampai mengaitkan penghinaan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong?
Saya hairan kenapa kita selalu percaya (sungguh-sungguh!) bahawa kuasa negara adalah jawapan kepada segala masalah kita termasuk dalam hal buku?
Tidak pasti sama ada nanti karya Munshi Abdullah juga akan dibakar. Tidak pasti sama ada para pembela Interlok akan sama mempertahankan buku-buku yang diharamkan, atau penulis-penulis yang dikekang kerana mempunyai pandangan tersendiri dan berbeza daripada persetujuan umum.

Federalisme

Pada tahun 1895, negeri-negeri Melayu bersekutu ditubuhkan di bawah perlindungan British (termasuk empat negeri beraja iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang). Bendera di atas ini diperkenalkan pada tahun 1905: setiap baris warna tersebut mewakili negeri-negeri beraja yang dinyatakan. Pada tahun 1946, kesultanan lain turut menyertainya dan Kesatuan Tanah Melayu (Malay Union) diasaskan sebelum dinamakan semula sebagai Persekutuan Tanah Melayu (Malay Federation).
Bendera yang ada kini adalah pemenang daripada pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1949. Persekutuan Tanah Melayu telah mengangkat Majlis Raja-Raja sebagai pelindung persekutuan dengan Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Raja-Raja telah memberi perkenan pada 22 Februari 1950. Majlis Perundangan Persekutuan meluluskannya pada 19 April 1950 dan King George IV meluluskannya pada 19 Mei 1950. Seminggu selepas itu bendera ini mula dikibarkan di istana Selangor dengan kehadiran Raja-Raja Melayu dan para pegawai King George IV.
Tunku 'Abidin ada menulis sedikit tentang semangat kenegaraan, federalisme yang kian suram di celah liku pergelutan politik di sini.
Kata Kunci
Negara
Kekayaan Pendeta
Saya mahu menghabiskan sekurang-kurangnya 6 bahan bacaan berkaitan Melayu pada tahun ini. Sebenarnya koleksi saya boleh tahan banyak juga cuma mensasarkan 6 bahan bacaan pada tahun ini adalah lebih realistik. Sebahagiannya telah saya baca dan ada yang mahu saya ulang semula.
Semasa mengemas buku-buku lama saya, ada satu buku yang dikesan tidak ditemukan. Saya memang resah memikirkannya. Namun, saya tidak akan berputus asa mencari. Buat masa ini saya semacam mengabaikannya.
Suka juga bila sibuk dengan tugasan di pejabat. Paling tidak saya terleka daripada memikirkan tentang buku ini. Susah tidur dibuatnya!
Kekayaan saudagar pundi-pundi emasnya. Kekayaan Pendeta keping-keping kertasnya.

Melayu
1/09/2011
Harga barang naik
Untuk saya, peningkatan harga bukan isu sebenar. Isu sebenar ialah kuasa ringgit yang ditunjukkan dengan kuasa membeli.
Saya seorang pendokong pasaran bebas. Sudah tentu saya mempunyai sebab untuk menyatakan sokongan kepada mekanisme pasaran.
Namun, saya sering saja bergelut dengan rakan-rakan pendokong pasaran bebas apabila merujuk kepada konteks di mana ekonomi bergerak. Ia ternyata tidak mudah untuk memberi justifikasi tentang mekanisme pasaran ini. Peralihan daripada satu dasar yang bersifat kawalan kepada sebuah dasar pasaran bebas mempunyai 'korban'nya tersendiri.
Selama ini, rakyat berdiam diri dengan persoalan rasuah. Memang ramai rakyat yang mempertikai, tapi itu tidak sampai menggulingkan kuasa parti pemerintah. Logiknya, bagi mereka, rasuah itu tidak menjejaskan. Mereka masih menikmati gaji yang sama apabila cukup bulan.
Kenapa saya sebutkan persoalan rasuah? Ini kerana ia ada hubung-kait dengan isu rasuah. Matematiknya rasuah kepada pembangunan tanpa nilai yang membawa kepada tambah-hutang kerajaan seterusnya nilai ringgit dan kuasa membeli yang susut.
Hukum ekonomi memang mengambil tempoh masa yang lama untuk menunjukkan kesannya. Tetapi, apabila kesannya mengambil tempat, ia boleh jadi cepat, secepat Tsunami meng'hilang'kan Aceh.
Sebab itu, suara sedar mesti terus dikuatkan dan diluaskan. Jika ada yang cuba menahan atau menghukum suara sedar ini, lebih lagi dengan memakai ubat mujarab bernama Melayu atau Islam, apatah lagi ubatnya bernama pemimpin atau parti politik, jelaslah mereka ini layak digelar pengkhianat nombor satu negara.

1/06/2011
Jasa Mahathir
Saya fikir, jasa terbesar Tun Dr. Mahathir semasa pemerintahannya ialah kerana berjaya mengurangkan kuasa Raja-Raja. Ya, daripada satu sisi ianya boleh dilihat sebagai jasa sementara satu sisi lain pula boleh dilihat sebagai bermulanya era kuasa besar Perdana Menteri, iaitu Tun sendiri selepas itu. Ia diburukkan lagi dengan Krisis Perlembagaan yang ditandai dengan pemecatan hakim-hakim kanan termasuk Ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abas pada lewat 1980-an.
Yang menarik dalam tempoh penting kenegaraan Malaysia ini ialah satu kenyataan oleh Dato' Ibrahim Ali: "Sekian lama kita mati dalam setia, kali ini kita hidup dalam derhaka".
Saya fikir, Melayu yang sentiasa dibanggakan dalam sejarah Melayu ialah Melayu yang berani berdepan dengan kezaliman, terutama daripada tangan bangsanya sendiri.

Monarki
Open Verdict
“Let the jury consider their verdict,” the King said, for about the twentieth time that day.
“No, no!” said the Queen. “Sentence first—verdict afterwards.”
“Stuff and nonsense!” said Alice loudly. “The idea of having the sentence first!”
- Alice's Adventure in Wonderland, Lewis Carroll.
Judge me all you want. Just keep the verdict to yourself.

Institusi
God saves the Queen
“The monarchy is so extraordinarily useful. When Britain wins a battle she shouts, "God save the Queen"; when she loses, she votes down the prime minister."
- Winston Churchill
- Winston Churchill
Kata Kunci
Monarki
1/01/2011
2011
"Another fresh new year is here . . .
Another year to live!
To banish worry, doubt, and fear,
To love and laugh and give!
...This bright new year is given me
To live each day with zest . . .
To daily grow and try to be
My highest and my best!
I have the opportunity
Once more to right some wrongs,
To pray for peace, to plant a tree,
And sing more joyful songs!”
- William Arthur Ward
Another year to live!
To banish worry, doubt, and fear,
To love and laugh and give!
...This bright new year is given me
To live each day with zest . . .
To daily grow and try to be
My highest and my best!
I have the opportunity
Once more to right some wrongs,
To pray for peace, to plant a tree,
And sing more joyful songs!”
- William Arthur Ward
Kata Kunci
Kata
5 tentang 2011
5 yang nak diselesaikan pada tahun 2011
i. selesaikan tesis dan bersedia untuk VIVA seterusnya bergraduat.
ii. menulis buku kepimpinan dan menerbitkannya.
iii. bercuti di dalam dan luar negara.
iv. membaca sekurang-kurangnya 12 buku pelbagai topik terutama ekonomi.
v. menajamkan kemahiran komunikasi.

Rancang
Subscribe to:
Posts (Atom)