
Satu lagi domino? Semoga darah tidak sebanyak warna merah di benderanya.



"Bahawa kita hidup dalam dunia yang kian nampak beraneka ragam dan sekaligus menyempit. Dalam keadaan itu yang dominan ialah politik kategori dan identiti di mana orang terdorong membahagi dirinya dan orang lain dalam golongan "kami" dan "bukan kami", malah berusaha merebut ruang hidup dengan mengibar panji "kami" dan "bukan kami". Waktu itu, ketika seorang atau satu kelompok bersua dengan orang atau kelompok lain, yang berlaku atau ternampak ialah ketegangan. Ketegangan inilah akhirnya mendorong tuntutan kebersamaan.Dalam perbahasan Goenawan, beliau membayangkan apa yang disebut 'teologi negatif' ketika menjelaskan tiada taranya dasar Tauhid berasaskan surah al-Ikhlas. Baginya Tuhan ditunjukkan sebagai sesuatu, katakanlah X, yang bukan A, bukan juga B dan seterusnya kerana mustahil kita akan menemukan padanan-Nya. Dalam 'teologi negatif' ini, setiap usaha merumuskan atau ikhtiar membuat analogi antara tuhan dan diri kita pasti akan sesat. Sebab itulah pemberhalaan ditolak.
"Yang lain" akan dianggap tertolak dan ditempatkan di satu sudut yang mesti dileburkan untuk membolehkan kebersamaan dengan kita. Sebaliknya, mungkin juga mendorong cemas ke dalam diri kita yang boleh lebur untuk membolehkan kebersamaan dengan mereka. Lalu kita bicara dengan gentar dan bersungguh, bangga atau curiga tentang "Barat" dan "Timur", seakan kepelbagaian tidak pernah ada dan hidup memang terbahagi pada lingkungan budaya masing-masing, tidak majmuk. Pengkategorian ini seakan telah menjelaskan hidup dan menjadi panduan iman."




I admit I did detain people under the ISA in the 1987 Ops Lalang. But it was not because they were members of the opposition. The police had informed me that there was likely to be racial clashes over the issue of Chinese education and the intention of some UMNO members to hold a million strong demonstration in K.L.Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 menyaksikan penangkapan di bawah ISA terhadap seramai 106 ahli politik di samping pembatalan lesen dua akhbar harian, iaitu The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, iaitu The Sunday Star dan Watan, dibatalkan. Ketika itu Tun Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri.
The people detained were not only members of the opposition but included UMNO members. As soon as the threat passed the detainess were all released. The issue was not political opposition to the Government but the threat to national security.










Saya pernah berkhidmat dengan IDEAS sebagai Pegawai Penyelidik pada tahun 2008 dan 2009 sebelum dilantik menjadi Zamil (Felo) di institut tersebut. Institusi ini akan menyambut ulang tahun pelancarannya pada 8 Februari ini. Tarikh ini dipilih sempena hari kelahiran Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Bapa Kemerdekaan negara. Pengalaman ini saya nukilkan dan diterbitkan oleh the Malaysian Insider kelmarin.



