7/31/2011

Ramadhan al Mubarak

Selamat menyambutnya. Semoga kehidupan kita lebih baik dari semasa ke semasa di bawah lindungan Allah s.w.t.

7/25/2011

Tuduhan Pengganas

Ustaz A : Sheikh, kita kena tuduh pengganas ni. Macam mana?

Ustaz B : Dengar dan taat.

7/20/2011

Jiwa

Saya tidak tahu apa yang ada dalam fikiran Supt (B) Sulaiman Menga Din ketika berkata "jika FRU bertindak kasar semasa perhimpunan Bersih 2.0 tempoh hari, sudah pasti ramai yang akan berada di hospital atau sebagai pesakit luar".

Saya fikir beliau ada masalah hati. Orang yang bangga dengan perbuatan salah terlepas daripada penghormatan saya.

Beliau juga mendakwa FRU menggunakan pendekatan paling minimum untuk menyuraikan perhimpunan dan ia mengikut Piawaian Prosedur Operasi (SOP). Saya fikir beliau baru keluar dari gua. Jika seseorang mempunyai akses internet dan melihat bagaimana polis memukul orang yang ditahan dan diikat tangan mereka, dan juga bagaimana polis tidak mempunyai alat untuk membuka ikatan tersebut ketika situasi cemas, cukup untuk menunjukkan bahawa SOP yang dibentuk itu cincai, tidak demokratik dan zalim.

Negara memang perlukan institusi polis, tetapi institusi yang bagaimana itu harus diperhatikan!

7/17/2011

Dr. Lo' Lo'

Tengah hari tadi ruang di twitter dan facebook penuh memanjang pemergian Dr. Lo' Lo' ke rahmatullah kerana kansernya. Setelah melihat sejumlah nama menulisnya - antaranya pemimpin dan aktivis politik - saya juga mula menerima ia sebagai satu berita sahih. Namun, semakan di laman facebook-nya tertera status terkini yang menyatakan beliau masih hidup dan berita pemergiannya tidak benar. Namun situasinya tetap kritikal.

Sekitar jam 10.30 malam tadi saya mendapat khabar bahawa beliau telah disahkan meninggal dunia. Al-Fatihah.

Saya hanya mempunyai sejumlah kenangan terhad tentang arwah.

1. Orangnya mudah tersenyum. Lemah lembut.
2. Di Parlimen, beliau antara sekitar 10% wanita yang diberi kepercayaan untuk menjadi wakil rakyat oleh penduduk Titiwangsa.
3. Dalam perbahasan Parlimen, beliau sangat serius dan tertib dalam membela kepentingan rakyat.
4. Semasa mogok lapar membantah 365 hari tahanan ISA pada tahun 2002, beliau telah memberi khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada saya dan rakan-rakan peserta yang lain.

Saya fikir beliau antara wanita Melayu yang hebat dan memberikan contoh yang baik untuk diikut.

Semoga Allah s.w.t. menempatkannya bersama orang-orang beriman.

Kedah nak tutup pusat hiburan masa Ramadhan?

Saya fikir ini satu keputusan yang salah. Macam ditulis sebelum ini, ia antara tindakan yang tidak percayakan muslim dan berasa diri terlebih muslim.

7/16/2011

Jangan jadi bodoh dan memperbodohkan orang

Saya faham alasan "kami menjalankan tugas". Namun jangan jadi bodoh bahawa tugas yang kamu jalankan itu harus ada 'common sense' tersendiri. Jika menembak gas pemedih mata terus kepada sasaran dan bukan 45 darjah ke atas, jika beramai-ramai menumbuk, menendang dan memijak orang yang sudah diikat tangannya, jika mengikat tangan orang dan tidak ada pelan kedua dan seterusnya untuk situasi cemas, dan sejumlah lagi jika boleh ditulis...itu bukan menjalankan tugas, itu namanya tidak tahu apa tugas sebenar tetapi angkuh seolah-olah Tuhan boleh ditipu!

7/15/2011

"Kami ikut arahan"

Saya fikir sudah cukup masyarakat di Malaysia bertolak ansur dengan sikap lepas tangan sesetengah pihak yang berlindung di sebalik dakwaan "kami ikut arahan". Ia hanya kata-kata manis untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab. Ia juga satu pengakuan bahawa memang ada pihak yang zalim, atas nama arahan, meskipun mungkin apa yang dinisbahkan sebagai arahan itu hanyalah rekaan. Dan pengakuan itu juga sebenarnya mengesahkan adanya 'berhala' besar bernama 'kekuasaan' telah mengambil tempat Tuhan.

Sisi lain Bersih 2.0

Saya sukakan rakan-rakan saya kerana mereka sentiasa bersikap kritikal.

Semalam dalam satu perbualan kami, beliau mendakwa bahawa Bersih 2.0 memang dimahukan oleh UMNO-BN. Puncanya mudah, dengan adanya Bersih 2.0, orang ramai akan dialihkan perhatian untuk membincangkan tentangnya sambil pada masa yang sama isu-isu ketempangan ekonomi diredakan. Atas faktor inilah katanya, UMNO-BN memberi publisiti besar-besaran kepada Bersih 2.0 dengan serangan dihalakan khusus kepada parti-parti politik dan tokoh yang mendokongnya di samping mengalihkan sasaran rakyat untuk mengkritik institusi polis, dan bukan UMNO-BN.

Penyakit Ramadhan

Ramadhan memang bulan yang biasa diambil sebagai bulan ibadat. Namun, entah kenapa di Malaysia ini bulan Ramadhan turut dijadikan sebab untuk mengurangkan aktiviti, produktiviti dan juga menutup premis hiburan.

Ia membayangkan beberapa perkara. Pertama, kita mengakui bahawa Ramadhan itu mendorong kita sebagai muslim semakin lemah dan kedua, sebagai kerajaan, kita menunjukkan sikap tidak percayakan muslim dalam hal menguruskan kegiatan persendirian mereka.

7/13/2011

Taat Pemerintah? 2

Hari ini Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah memulakan 'perang' ini. Ya, saya gunakan istilah 'perang' kerana hujah itu harus dibalas dengan hujah. Di bawah tajuk menangani fenomena literalis agama, Dr. Asri menulis;
13 JULAI — Rentetan dari isu demonstrasi aman di seluruh dunia Islam, telah terbit pelbagai fatwa yang kadang-kala bersifat partial ataupun berpihak. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga berlaku di negara-negara Arab pasca kebangkitan rakyat. Dalam mempertahankan kuasa para pemerintah Arab semasa — yang sebahagian besar pemerintah itu korupsi dan zalim- muncullah kelompok agamawan yang membela mereka.

Malangnya, pembelaan itu datang dari mereka yang kelihatan ‘kuat beragama’. Dalam kalangan mereka itu ramai pula dari aliran salafi zahiri atau kelompok salafis literalist. Mereka ini memahami nas-nas al-Quran dan hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siyasah sama macam ibadah khusus yang tidak boleh dilakukan sebarang pembaharuan dan tokok tambah.

Lantaran dari pemikiran ini, mereka membidaahkan perkara-perkara yang membabit urusan harian yang dilakukan atas kemaslahahan manusia. Maka, mereka membidaah kewujudan persatuan, parti politik, demonstrasi, nasyid, seni rekaan dan pelbagai lagi. Jika fatwa-fatwa mereka ini diterima, maka dunia Islam pasti akan jumud dan kehidupan manusia menjadi sempit di bawah lembayung Islam.

DIPUKUL DAN DIRAMPAS

Lebih dahsyat lagi, apabila aliran ini dimanfaatkan oleh para pemerintah yang korupsi dalam dunia Islam. Ini apabila kelompok ini menafsirkan hadis-hadis politik secara literal yang seakan-akan Islam memberikan ‘lesen’ besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah. Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang ‘kelihatan’ pro-pemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran, sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan.

Antara yang dibaca dan disebarkan dalam mempertahankan para pemerintah dan menghalang rakyat melakukan kritikan –sekalipun aman- ialah hadis Huzaifah r.a: “Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan”. Kata Huzaifah: “Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?”. Jawab baginda: “Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).

Hadis ini dijadikan hujah, sehingga ada yang berkata ‘jika pemerintah membunuh kaum-keluarga saya pun, saya tidak akan mendakwa pemerintah di mahkamah dunia’. Saya tidak dapat bayangkan jika semua orang Islam faham seperti itu, maka bermaharaja lelalah para pemerintah dunia Islam, menindas mereka. Tidak boleh dibantah bahkan tetap taat. Ketika dunia berusaha mempertahankan hak asasi manusia agar tidak dicemar, tiba-tiba kita pula menarik umat ke belakang dengan tafsiran yang literal seperti itu. Bayangkan jika seorang yang baru hendak mengenali Islam dihidangkan dengan kefahaman seperti itu, bagaimanakah mungkin beliau ingin melihat keindahan Islam dan keadilannya?

Di manakah sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih). Satu hadis tidak boleh dibaca secara berasingan tapi hendaklah melihat keseluruhan secara perbandingan dengan nas-nas yang lain. Jika tidak, penafsirannya akan cacat. Di situ adanya ilmu yang dinamakan Mushkil al-Hadith yang membincangkan hadis-hadis yang zahirnya kelihatan bercanggahan.

Hina dunia Islam hari ini, sekalipun Allah melimpahkan mereka dengan pelbagai kelebihan, adalah disebabkan salahguna harta rakyat dan ketidakadilan. Dalam beberapa sudut, pemimpin dunia Barat lebih amanah dan jujur kepada rakyat mereka dibandingkan apa yang ada di dunia Islam hari ini. Di mana pergi kekayaan minyak Arab? Bahkan, dari segi keadilan, kadang-kala haiwan di negara Barat lebih dibela dari seorang muslim yang hidup di dunia Islam; dipukul, dihina, dipenjara, bahkan dibunuh tanpa berani bersuara.

Sedangkan Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya binasa mereka yang sebelum kamu kerana mereka itu apabila seorang yang dianggap ‘mulia’ dalam kalangan mereka mencuri dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah mencuri, mereka laksanakan hukuman ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari).

Jadi, sejak bila pula, Islam menyatakan jika pemerintah melakukan kezaliman kita hanya diam dan bersabar! Malang sekali jika manusia di Barat dan Timur yang tidak muslim menentang pelanggaran hak asasi rakyat, tiba-tiba ada kelompok agama dalam Islam yang menyatakan kezaliman pemerintah dihadapi dengan diam, sabar dan taat!

Hadis tentang taat dan patut sekalipun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakkan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka. Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah.

Begitu juga di bawah regim-regim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya. Namun, apabila dunia berubah. Negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat. Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa.

Maka, konteks hadis sudah berbeza. Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri. Jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah. Bagaimana mungkin rakyat tidak boleh membalaskan tindakan pemerintah melalui saluran keadilan dan tuntutan yang wajar, sedangkan dalam hadis, Nabi s.a.w sendiri sebagai pemerintah mengizinkan diri baginda dibalas. Ini seperti hadis yang diriwayatkan Ibn Ishak dalam sirahnya, ia disahihkan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah bahawa ketika Rasulullah membetulkan saf perang Badr dengan anak panah baginda, lalu baginda mencucuk perut Sawad bin Ghaziyyah, maka Sawad berkata: “Wahai Rasulullah! Engkau telah menyakitiku dan demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran dan keadilan, beriku untuk membalasnya”. Maka Rasulullah s.a.w pun menyingkap perut baginda dan bersabda: “Balaslah”. Lalu Sawad memeluk dan mencium perut Nabi s.a.w. Baginda bertanya: “Mengapa engkau buat begini wahai Sawad?” Beliau menjawab: “Seperti yang engkau lihat, aku ingin agar saat akhir aku denganmu, kulitku menyentuh kulitmu”. Lalu Rasulullah s.a.w pun mendoakan kebaikan untuknya”.

Rasulullah s.a.w yang merupakan seorang nabi dan pemerintah, jauh lebih mulia dari semua pemerintah mengizinkan diri dibalas atas tindakannya, bagaimana mungkin ada pihak boleh menyatakan tindakan pemerintah tidak boleh dipertikai atau dibawa ke mahkamah, atau dibicarakan atau dituntut kesalahannya oleh rakyat! Alangkah dangkalnya penghujahan seperti itu. Ini boleh membawa kepada menolong kezaliman penguasa.

Sedangkan Nabi s.a.w “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmii. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).

ERTI PEMERINTAH

Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu? Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu! Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan muslim seperti yang disebut oleh Nabi s.a.w: “Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebab itu, sehingga dalam bab bughah iaitu mereka yang keluar memerangi pemerintah dengan senjata, al-Imam Abu Ishaq al-Shirazi menyebut: “ ... jangan dimulakan peperangan sehinggalah ditanya mereka apa sebab mereka bertindak balas demikian. Jika mereka menyebut tentang sesuatu kezaliman, maka hendaklah diatasinya, jika mereka menyebut sesuatu sebab yang boleh diselesaikan, hendaklah diselesaikan. Jika mereka menyebut sesuatu kekeliruan, dihilangkan kekeliruan itu. Ini disebabkan firman Allah: “Hendakhlah kamu damaikan keduanya ... ” (Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab, 19/195, Beirut: Dar al-Fikr).

Bahkan kitab-kitab fiqh menyebut bahawa harta bugha itu tidak boleh dirampas, yang cedera tidak boleh ditangkap dan yang lari tidak boleh diburu. Ini disebut dalam pelbagai kitab fekah seperti al-Majmu’ dalam Mazhab al-Syafii, al-Mughni dalam Mazhab Hanbali dan lain-lain. Demikian, bughah yang bersenjata, diberikan hak dalam politik islami, bagaimana mungkin rakyat yang tidak bersenjata dibiarkan dipukul dan dirampas harta mereka tanpa boleh membantah?! Fenomena literalis boleh mengelirukan!

Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah ahli akademik dan bekas Mufti Perlis.

Taat Pemerintah?

Saya tidak berkesempatan menulis panjang untuk membincangkan subjek ini. Ia kian berkembang dan menjadi pegangan sebahagian masyarakat. Namun, saya melihat pegangan ini tidak lebih daripada pengabsahan sikap sedia ada dalam diri mereka, biarpun tidak ditemukan hadis berkaitan.

Ya, saya punya hujah untuk menjawabnya. Namun, untuk waktu yang singkat ini, cukup saja saya katakan bahawa: Jika kekuasaan adalah kezaliman, maka kekuasaan itu adalah berhala.

7/11/2011

Cintai Malaysia

Sebelum berkahwin dulu, saya telah mengingatkan dia bahawa saya mempunyai sikap politik yang kuat. Tujuannya ialah supaya dia tahu bahawa saya sedia mengambil risiko atas sikap politik saya.

Di Malaysia, yang perlahan-lahan mengambil banyak ciri autokrasi, tentulah yang wajar difikirkan ialah kemungkinan paling buruk. Jangankan pembangkang, mantan Timbalan Perdana Menteri yang pernah memangku jawatan Perdana Menteri serta pernah menjadi antara Menteri Kewangan Terbaik di Dunia pun boleh dipukul, dihina dan diaibkan lebih sedekad, inikan pula entah siapa-siapa.

Namun, saya selalu percaya bahawa perjuangan ada harganya. Dan saya juga percaya bahawa memang banyak alasan boleh diadakan untuk menghalang sesiapa juga daripada menyatakan sikap politik mereka dalam pelbagai bentuk. Halangan paling besar tentulah sebagaimana ditunjukkan Allah s.w.t. di dalam al-Quran - keluarga dan harta.

Bukan sekali, tetapi berkali juga saya dan dia berbeza pandangan. Selalunya bukan soal apa yang diperjuangkan saya, tetapi jenis risiko yang diambil saya. Saya mengerti hati seorang isteri yang kasihkan suami, tetapi tentu saja saya percaya dia juga harus belajar menerima itu sebagai sebahagian latihan dalam perjuangan.

Malam itu saya tidur lebih awal. Dia masih belum mahu lelap. Esoknya saya dapati tulisannya dipaparkan di The Malaysian Insider.

Over the last couple of weeks, the main topic of conversation has been one thing — Bersih 2.0. Being overseas for the major part of my 20s due to work and studies, I have missed out on several of the main political events in Malaysia and also Bersih 1.0 in 2007.

When I left in 2001, the country was still very affected by the 1997 Asian Financial Crisis (the main reason why I was flying off to study in Australia instead of the UK) and soon after, we also celebrated the 44th anniversary of Malaysia’s independence from the British.

I recall that life was getting harder for quite a number of people around me back then. Suddenly, factories were laying off people, businesses shutting down and the country bailing GLCs out of the financial turmoil.

When I returned in 2008, full of hope to make a difference and serve my beloved country, I honestly felt that the situation was not getting any better.

In fact, now with a renewed objectivity and fresh perspective I saw a country stagnating and not really recovering from the last economic crisis but now being hit with a double whammy in the form of the global sub-prime financial crisis.

I wish that I knew where to even start in contributing towards nation building and bringing this country, of which I am so proud, back to its former moments of glory.

Everywhere you could sense that people were frustrated with a lot of things, such as why salary levels are so low; why the crime rate is so high (acid splashers, rapes, murders, break-ins reported on daily basis); why the standard of English among graduates is so bad; why it is so hard to get a job that matches your skills and talents; why the standard of education pales in comparison to that found globally; and why freedom of speech and basic human rights are not respected. And those are only some of the common frustrations that I’ve heard.

Sadly, although there were so much complaints and frustrations, not many really dared to voice them out and do something about them for fear of losing their source of income, getting in trouble with the authorities, etc.

I would say that Malaysians in general are very ‘gentle’ and ‘civilised’ people who even view the act of voicing out grievances as ‘disrespectful’. Especially when the perpetrators are much older than them or are in a position of power. For this, I feel very frustrated as I feel that we are a dispassionate society that does not really stand up for what we truly believe in and only care about ‘being nice’ to avoid ‘kecil hati’.

It is as if people ‘tolerated’ the oppression because they do not have many choices. Life is hard as it is so we should just ‘bersyukur’ or be grateful and not complain or attempt to change the status quo.

As a tourist or a foreigner who visits its tourists spots, Malaysia may look very impressive. But in reality 40 per cent of Malaysia’s households earn less than US$15 a day, or RM1,500 a month (two-thirds of the World Bank’s low-income threshold).

Even with my salary as a young professional, I feel that my purchasing power has been greatly reduced by 75 per cent compared to when I was working overseas. I really empathise with those who have to live on and support a family with less than RM1,500 per month.

You will see that these are the people who travel using the country’s overcrowded publictransportation system; rely on our overcrowded public hospitals; ride motorbikes in the rain with garbage bags as their oversized raincoats; shop at pasar malam; and have lunches at gerai by the road or ‘longkang’ side, probably eating only once a day. Mind you, this 40 per cent of Malaysians is close to the majority who have gone ‘hungry’ in a resource-rich country in so many ways for way too long — be it denied quality education, freedom of information or a good quality of life. Now do we blame them for taking to the streets to let out their frustrations?

“For if you suffer your people to be ill-educated, and their manners to be corrupted from their infancy, and then punish them for those crimes to which their first education disposed them, what else is to be concluded from this, but that you first make thieves and then punish them. “ — Thomas Moore

(Quoted from his book “Utopia” written in 1516)

I have always been apolitical and maintained my objectivity in assessing our country’s situation. I am not a member of any political party and have never taken part in rallies.

Most of my contribution has been based on humanistic considerations and most of all because I love this country so very much. But today, with Bersih 2.0, for once in a very long time, I feel very proud of my country.

I know that we are now gaining momentum to right the wrongs that have long overshadowed and restrained this country from unleashing its fullest potential.

My only regret is why did we wait this long?

* Siti Kamariah Ahmad Subki is a returning young professional keen to make a difference and see this country fly to greater heights.

Saya membacanya perlahan-lahan. Getarnya terasa. Saya memang sentiasa suka kepada apa yang dinyatakan dengan jujur, biar ia mungkin pahit untuk diterima. Memang selalunya yang pahit itu adalah ubat.

Terima kasih Tuhan kerana menjadikan dia isteriku.

Kini isteri saya menulis di sini dan di sini.

Legasi Bersih 2.0

Tentu saja pelbagai pihak boleh memilih sudut mereka sendiri dalam menggambarkan Bersih 2.0. Ada pandangan positif dan negatif, bergantung kepada idea dan nilai pendorong masing-masing. Bagaimanapun, saya percaya Bersih 2.0 mempunyai legasinya tersendiri, khususnya kepada anak muda dan mereka yang pertama kali menyertai perhimpunan awam di Malaysia.

Pertama, saya fikir legasi Bersih 2.0 ialah mencabar budaya takut yang sering diterapkan oleh kerajaan dan para pendokongnya. Lebih seminggu sebelum Bersih 2.0, dan hingga kini juga, teknik ini belum dikendurkan. Saya terharu apabila berita menyatakan 'Wanita Kebebasan', seorang wanita tua berusia 65 tahun yang datang ke perhimpunan tempoh hari sanggup berjalan kaki untuk bersama menunjukkan solidariti kepada tuntutan Bersih 2.0. Apa yang menarik ialah beliau ditahan polis beruniform dan tidak beruniform sebelum diambil data dan ditanyakan "kenapa memakai baju kuning?".

Jawab beliau: "kenapa saya tidak boleh memakai warna kuning?"

Beliau mungkin dilepaskan, meskipun ditahan sebanyak 4 kali dan ditanyakan hal yang sama, kerana dilihat sebagai wanita tua dan tidak mungkin menyertai perhimpunan yang menuntut kecergasan itu.

Ada soalan penting ditanyakan makcik Anne itu, "kenapa kita perlu berasa takut di negara kita sendiri, dan kepada rakyat negara kita sendiri?"

Beliau juga menjelaskan bahawa semangat perpaduan dirasakan sangat besar, melebihi apa yang dirasakannya ketika menghadiri perhimpunan gereja. Ya, itulah legasi kedua.

Saya mengerti bagaimana sesetengah pihak termakan hasutan kerajaan dan pendokongnya bahawa perhimpunan awam seperti itu hanya melagakan orang Melayu dengan orang Melayu yang lain. Namun, kita sendiri dapat melihat, membaca dan mendengar bagaimana apabila Dato' Ambiga diangkat sebagai Pengerusi Bersih 2.0 atas kapasiti beliau sebagai bekas Presiden Majlis Peguam, beliau dihina cerca semahu-mahunya dengan sentimen kaum dan agama seolah-olah itu akan mendekatkan penghinanya dengan Tuhan.

Saya percaya masyarakat bukan Melayu memang menghitung banyak persoalan sebelum membuat keputusan untuk hadir berhimpun. Mereka tahu bahawa nanti akan ada pihak yang cuba mengaitkannya sejarah rusuhan 13 Mei 1969. Mereka juga sedar, dalam konteks Malaysia yang sukar, fokus mereka bukan sangat kepada persoalan politik, tetapi ekonomi. Sebab itu pada tahun 1999, dalam Pilihan Raya pertama selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan, masyarakat bukan Melayu masih memberi sokongan kuat kepada UMNO-BN.

Kini saya percaya bahawa wujud bibit pengertian, bahawa negara ini menuntut kejujuran masyarakatnya, baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut dan pelbagai etnik lain, untuk bangkit dan bersatu membela maruah Malaysia.

7/10/2011

Tuntutan 8

Tuntutan Bersih 2.0 yang ke-lapan ialah menghapuskan politik kotor.

Saya selalu menyatakan kepada sesiapa yang mahu saya bercerita tentang politik untuk memahami bahawa secara asasnya politik itu wujud kerana manusia tidak boleh bersetuju antara satu sama lain 100%.

Politik juga wujud pada tingkat yang berbeza, tetapi yang pasti ia melibatkan lebih daripada diri sendiri. Sebab itu kita boleh mendengar adanya politik pejabat dan politik keluarga. Dalam kehidupan masyarakat lebih besar, setiap individu adalah unit paling kecil di dalamnya.

Saya percaya bahawa manusia pada kebiasaannya mementingkan diri sendiri atau dalam bahasa yang lebih lembut tidak sedia 'dikorbankan'. Justeru, segala perbezaan yang wujud antara diri seseorang dengan seseorang yang lain mesti dirundingi berdasarkan prinsip yang jelas boleh dipertahankan. Politik kotor wujud apabila 'rundingan' tidak berlaku mengikut prinsip yang jelas boleh dipertahankan atau prinsip tersebut dilanggar.

Dalam konteks politik kepartian, ia wujud dan menjadi tegang apabila para penggiat politik tidak memahami persoalan ini. Sebab itu kita boleh melihat bagaimana berlakunya sikap anti demokrasi. Saya tidak bercadang menulis panjang tentang demokrasi. Bagi yang berminat untuk memahami asasnya, bolehlah merujuk di sini.

Demokrasi wujud kerana manusia sedar bahawa mereka tidak tahu segalanya. Demokrat lahir daripada keinsafan bahawa pengetahuan mereka mungkin tidak cukup. Namun, seorang demokrat bukanlah mereka yang buta terhadap apa yang nyata zalim.

Di Malaysia, pertembungan politik kepartian selalunya tidak disandarkan kepada idea dan nilai tetapi lebih banyak berkisar soal permukaan berkaitan kaum dan agama, atau tokoh dan parti. Akibatnya, soal permukaan ini digunakan untuk melanggar idea dan nilai sewenang-wenangnya. Sepatutnya idea dan nilai inilah yang mencorakkan pengenalan kaum, agama, tokoh atau parti, tetapi sayangnya ternampak seperti sebaliknya, meskipun sebenarnya idea dan nilai itu ada.

Kita boleh lihat misalnya kekangan kepada proses demokrasi yang sihat di mana rakyat diberi ruang untuk menilai pelbagai sisi yang ada tentang kehidupan bernegara. Rakyat dididik dengan politik permusuhan bersifat peribadi, bukan pertarungan idea atau nilai. Kesan daripada kegagalan meletakkan idea dan nilai sebagai keutamaan, politik kotor meresap masuk kerana pelaku politik sudah tidak dibentengi dengan akal dan jiwa yang besar. Malah, akal dan jiwa yang besar itu dipaksakan menyetujui jenis politik adu domba, memusuhi kemanusiaan dan lebih dahsyat lagi kezaliman.

Kita ambil misalnya dalam kempen; maki hamun dan penghinaan menggunakan istilah dan label yang jelik berleluasa sehingga menutup idea dan nilai yang ingin dilontar, kekerasan dan kezaliman bermaharajalela, sabotaj dan keangkuhan kuasa berlaku.

Saya selalu percaya bahawa bukanlah sukar sangat untuk manusia membezakan politik kotor dan politik terbuka. Namun, apakah yang menjadikan mereka gagal membezakannya jika bukan kerana ketaksuban kepada bentuk melebihi kepentingan meninggikan kemuliaan insan, melontarkan idea yang kukuh dan mempertahankan nilai-nilai tertinggi dalam kehidupan bermasyarakat, iaitu keadilan dan kebebasan untuk mendapatkan kebenaran.

Dua nilai inilah yang sentiasa menjadi nilai pendorong dalam sejarah kehidupan manusia. Sepanjang sejarah, manusia mahukan kebebasan dan manusia juga mahukan keadilan. Sebab itulah kebebasan selalu dituntut hadir bersama tanggungjawab. Dan tanggungjawab di sana tidak pernah sama sekali bertujuan untuk menafikan kebebasan. Apa yang dituntut sebenarnya ialah bagaimana kebebasan itu dapat memberikan keadilan.

Apa yang boleh saya katakan ialah nilai keadilan dan kebebasan untuk mendapatkan kebenaran itu juga rumit dan perbincangan serta perdebatan tentangnya terus berlaku dari semasa ke semasa. Itu dari segi konsep. Dari segi amalan, saya fikir ada perkara yang cukup jelas menonjolkan sama ada sesuatu itu bebas dan adil atau tidak.

Menghina agama atau kaum misalnya bukanlah jenis kebebasan yang bertanggungjawab dan adil. Melayan agama dan kaum lain sebagai kelas kedua juga tidak pernah diterima sebagai keadilan. Salah satu rahsia yang disebut sebagai Peraturan Emas dalam kehidupan manusia yang perlu kita hayati ialah "lakukanlah kepada orang lain sebagaimana kita ingin diperlakukan".

Peraturan Emas ini selalu berguna dalam kita berurusan sesama manusia. Namun, itu tidak bermakna ia wajar digunakan di semua keadaan. Jangan terkejut kerana manusia pentingkan diri sendiri. Manusia mungkin gembira jika misalnya mereka diberikan kontrak secara runding terus dan hasilnya dibalas dengan rasuah untuk membolehkannya berlaku. Adakah itu bebas? Adakah itu adil?

Akhirnya manusia perlu membangunkan sebuah sistem yang munasabah di mana ada aspek tetap dan anjal untuk menyusun kehidupan bersama. Dalam sejarah, politik kotor muncul daripada nafsu untuk terus atau mahu berkuasa, juga boleh muncul daripada dendam atas penindasan tanpa pembelaan.

Dalam konteks kenegaraan Malaysia, saya ingin sekali melihat para penggiat politik bercakap dan menulis hal-hal yang membina dan berprinsip. Saya mahu kita semua menghargai perbezaan dengan aman iaitu menggunakan hujah, menghormati kebebasan asasi manusia, tidak menggunakan kuasa untuk menutup saluran maklumat kedua (misalnya mengekang penggunaan kemudahan atas sebab politik) dan melihat pertukaran kepimpinan - sama ada individu atau kumpulan individu (baca: parti) - sebagai satu perkara biasa. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. Kita boleh berbeza pendapat tetapi mesti terus bersahabat, dengan prinsip kehidupan bersama yang boleh dipertahankan.

7/09/2011

Anwar dan perhimpunan rakyat

Hari ini saya pilih untuk berbeza pendapat dengan seorang dengan seorang peguam yang juga penulis.

Saya tidak boleh menerima pandangannya yang seolah-olah mempertikai para pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Dato' Seri Anwar dan Datin Seri Wan Azizah yang berada di Hilton bersama Ambiga untuk memberikan kenyataan akhbar.

Katanya: Kalau panggil diri pemimpin jgn dok kat hotel pls, turun Padang jadi anak jantan pls

Saya kenal beliau sebagai antara peguam dan penulis yang baik. Namun saya fikir kenyataan beliau jelas tidak bersandarkan sejarah. Jika perhimpunan awam adalah sebahagian daripada batu-bata yang membina perjuangan rakyat, saya fikir 8 tahun Dato' Seri Anwar meringkuk di dalam penjara bukanlah kerana suka benar beliau untuk ke sana.

Beliau cuba mempertahankan kenyataannya mengikut kaedah perundangan. Beliau menjawab kenyataan saya: Encik mintak maaf ye, tolong cek case law, your idol masuk penjara 8 tahun not on street demo charges ye?

Saya fikir beliau cuba menyempitkan perhimpunan awam dalam kerangka itu. Beliau menambah: Encik tolong baca pertuduhan, defence, decision and appeal of your idol's case, until then, tak payah lah susah2.

Dan terakhir beliau menggunakan ad hominem dengan mengatakan saya taksub politician. Beliau berbangga dan menyuruh saya baca satu dua buku untuk bercakap dengannya tentang undang-undang.

Baiklah, mari saya bentangkan kes saya.

Pertama, dari segi sejarahnya, Anwar Ibrahim sangat terkenal dengan perhimpunan awam. Saya cabar beliau nafikan ini di khalayak umum.

Kedua, perhimpunan awam adalah sebahagian daripada batu-bata perjuangan lebih besar. Ia tidak bersifat rigid. Adakah kemasukan Anwar ke penjara itu dengan pertuduhan lain tidak ada kena mengena dengan mobilisasi dan sokongan terhadapnya?

Ketiga, saya berterima kasih kerana tidak lama selepas kami berbalah di Twitter dan beliau membuat keputusan membuang saya dari senarai yang boleh mengikuti timeline-nya, Ambiga, Pengerusi Bersih 2.0 yang ada bersama Anwar di Hilton membuat kenyataan bahawa Pakatan Rakyatlah yang bersama dengannya memperjuangkan tuntutan Bersih 2.0.

Keempat, saya ingin mencabar beliau agar bertanya para demonstran yang hadir untuk menyatakan sikap sama ada mereka turun kerana perlu ada tokoh atau kerana mereka percaya dengan perjuangan Bersih 2.0.

Sebenarnya, ia bermula bila saya sinis menjawab twit pertamanya "aik, bukan Bersih 2.0 tak ada kena mengena dengan parti ka?"

Beliau menjawab: "kalau tak der kena mengena dgn parti kenapa nak kasi press conference?"

Saya jawab dengan pertanyaan apakah memang tak boleh bagi PC? siapa nak bagi pun silakan.

Beliau tidak dapat menerima dan masih mengatakan saya taksub pemimpin. Katanya: then why the heck did u answer my tweet for? Obviously u suffering from obsession to still harp on it. Beliau mempersoal saya adakah para pemimpin itu pedulikan anda?

Jawab saya bukan soal taksub pemimpin, tetapi bila orang pandai buat kenyataan salah, tidak salah untuk menegur. Adakah dia tidak boleh menerima? Saya tertanya sendiri siapa yang obses dengan pemimpin bila twit tentang pemimpin dimulakan oleh mereka? Saya fikir tidak ada sesiapa boleh bersikap angkuh seolah-olah merekalah yang mampu membuat kerja mobilisasi itu sendirian.

Saya hanya tertawa sendiri melihat orang mengaku pandai ini menulis. Saya cabar beliau datang ke kampung-kampung untuk mendengar suara orang seperti kami. Saya yakin beliau tidak mengenali saya dan itu cukup bagus. Meskipun saya hormat dengan ilmu yang beliau ada, itu tidak beerti saya boleh menerima sikap besar kepalanya.

Akhirnya, beliau hanya menegaskan bahawa beliau berhak memberi pandangan. Saya tidak ada masalah dengan itu, tetapi jangan ingat anda sahaja yang ada pandangan.

Saya sangat berharap satu hari nanti dapat melihat beliau di baris depan para demonstran dengan baju orang awam, bukan bertugas sebagai peguam.

Tuntutan 7

Tuntutan ketujuh Bersih 2.0 ialah menghapuskan rasuah pilihan raya.


Rujuk video ini: http://www.youtube.com/watch?v=ZjhwupWIp7s&feature=related dan cuba bandingkan sama ada ia boleh dikategorikan sebagai rasuah pilihan raya atau tidak.

Saya fikir, memang lazimnya dalam Pilihan Raya calon akan mengemukakan manifestonya. Ini pada saya tidak salah. Namun, sekiranya mana-mana pihak yang menjawat kedudukan dalam kabinet - sama ada di peringkat persekutuan atau negeri - sewajarnya dilarang melalui undang-undang untuk tidak berkempen dengan menjanjikan bantuan atau pemberian semasa kempen Pilihan Raya. Cukuplah calon atau wakil calon yang sah mengatakan bahawa mereka akan berusaha untuk mendapatkan itu.

Saya fikir peruntukan undang-undang yang ada cukup jelas, cuma perlaksanaannya perlu lebih tegas. Selain daripada rasuah ini, saya fikir perlu ada larangan dan penguatkuasaan yang tegas berkaitan pembangunan segera semasa tempoh kempen.

Selain daripada ahli politik, rakyat juga mesti dididik melalui saluran media massa dan juga peringatan. Islam, dalam mengatakan soal rasuah, menyebut dengan jelas bahawa "pemberi dan penerima rasuah tempatnya di neraka". Justeru, dalam soal rasuah, bukan sahaja pihak yang memberi perlu dilihat, tetapi yang menerima juga perlu dilihat.

Rakyat mesti dididik bahawa mengundi adalah tanggungjawab mereka demi mempertahankan hak mereka. Rakyat harus mengundi dengan kefahaman, bukan dengan sogokan.

7/08/2011

Tuntutan 6

Tuntutan ke-6 BERSIH 2.0 ialah hak untuk badan bebas memantau proses pilihan raya dengan kebebasan untuk bertindak bagi menguatkuasa perkara berhubung kesalahan pilihan raya.

Di Malaysia, sejak kurang sedekad kebelakangan ini, wujud Malaysians for Free and Fair Elections atau Rakyat Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (MAFREL). Pertubuhan ini pernah dibenarkan untuk menjadi pemantau Pilihan Raya dan juga pernah dihalang melakukannya. Saya pernah terlibat dengan pertubuhan ini semasa Pilihan Raya Kecil Ijok.

Penglibatan MAFREL dalam pemantauan pilihan raya adalah sejajar dengan kehendak peraturan 8 yang memperuntukkan perkataan-perkataan "kecuali atas permintaan", kehendak peraturan 15 (3) yang memperuntukkan perkataan-perkataan "atau orang-orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Suruhanjaya Pilihanraya" dan kehendak peraturan 25 (2)(d) yang memperuntukkan perkataan-perkataan "orang yang dibenarkan secara bertulis oleh Suruhanjaya Pilihanraya" di bawah Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Penjalanan Pilihanraya) 1981.

Pada setiap kali Pilihan Raya Umum atau Kecil, MAFREL perlu memohon mendapatkan kebenaran secara bertulis dari SPR bagi membolehkan pemerhati-pemerhati pilihanraya yang ditauliahkan oleh MAFREL menjalankan pemerhatian terhadap tatacara proses pilihan raya yang merangkumi pemerhatian seperti berikut:

a) Memerhati tatacara urusan pada hari penamaan dan urusan bantahan terhadap kertas-kertas penamaan seperti mana terkandung dalam peraturan 6 dan 7 di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Penjalanan Pilihan raya) 1981;

b) Memerhati tatacara pengundian seperti mana terkandung dalam peraturan 17, 18, 19, 20, 21, 22 dan 23 di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Penjalanan Pilihan raya) 1981;

c) Memerhati tatacara apabila pengundian ditutup seperti mana terkandung dalam peraturan 24 di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Penjalanan Pilihan raya) 1981;

d) Memerhati tatacara pengiraan undi sepertimana terkandung dalam peraturan 25 dan 25A di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Penjalanan Pilihan raya) 1981; dan

e) Memerhati tatacara penjumlahan rasmi undi-undi seperti mana terkandung dalam peraturan 25D di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Penjalanan Pilihan raya) 1981.

Kesalahan pilihan raya termaktub dalam Akta 5 Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006).

Semasa mengikuti latihan, saya didedahkan dengan pelbagai kesalahan pilihan raya yang mungkin berlaku. Beberapa contoh dikemukakan kepada saya berkenaan kesalahan pilihan raya yang dibuat oleh pelbagai parti bertanding. Antara contoh paling popular ialah penggunaan kemudahan awam (misalnya khemah, kerusi dan pentas oleh JKR, kenderaan milik kerajaan dan sebagainya).

MAFREL pernah menghantar laporan dan cadangan penambahbaikan kepada SPR. Daripada laporan media juga, saya difahamkan bahawa ada juga laporan yang tidak dihantar oleh MAFREL, dan ini menjadi sebab kenapa SPR tidak meluluskan permohonan lanjut mereka untuk memantau pilihan raya.

MAFREL membuat pemantauan dalam pelbagai sudut sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya. Contoh laporan sebelum Pilihan Raya boleh didapatkan di sini. Setakat pencarian saya, laporan semasa dan selepas pilihan raya tidak ditemukan dalam capaian talian internet. Namun, saya boleh mengatakan bahawa laporan MAFREL agak terperinci berdasarkan petunjuk-petunjuk yang disediakan dalam borang khas serta gambar-gambar yang diambil.

Kini, wujud satu lagi badan pemantau pilihan raya yang dikenali sebagai National Institute for Electoral Integrity (NIEI), kini dikenali sebagi National Institute for Democracy and Electoral Integrity atau Institut Kebangsaan untuk Integriti Demokrasi dan Pilihan Raya. Contoh laporan Pilihan Raya Umum ke-12 boleh dimuat turun di sini.

NIEI boleh dikatakan baru dan saya tidak begitu pasti tentang operasinya secara menyeluruh. Oleh kerana itu, saya tidak pasti tentang bentuk dan perincian laporannya. Namun, pendirinya terdiri daripada mereka yang pernah terlibat sebagai sukarelawan pemantau pilihan raya di peringkat antarabangsa. Saya berharap, pada masa akan datang, jika saya berkelapangan, saya juga mahu terlibat sebagai sukarelawan pemantau pilihan raya bersama NIEI.

Apapun, secara umumnya, meskipun saya berpendapat laporan yang dihasilkan bagus, impaknya kepada masyarakat masih rendah. Ini mungkin disebabkan capaian maklumat ini masih terhad untuk dirujuk oleh orang ramai. Laporan terperinci hanya diserahkan kepada SPR, kecuali laporan daripada proses pemantauan tanpa kebenaran SPR. Laporan proses pemantauan tanpa kebenaran SPR pula tidaklah selengkap jika mendapat kebenaran kerana para pemantau tidak dibenarkan berada di tempat pengundian. Justeru, laporannya hanya melibatkan hal-hal di luar tempat pengundian. Jika ada laporan melibatkan hal yang berlaku di tempat pengundian, ia lebih menjurus kepada laporan kedua kerana ia mungkin didapati daripada wakil calon yang bertugas di sana (di mana ia mempunyai kebarangkalian bias).

Baiklah, dengan semua penerangan di atas, apakah status tuntutan ke-6 Bersih 2.0 ini?

1) Saya fikir SPR atau kerajaan sendiri tidak perlu berasa ralat untuk menerima pemantau pilihan raya. Selain daripada badan-badan khusus untuk memantau ini, para individu dan institusi yang boleh dihormati boleh juga dijemput untuk terlibat. Wakil parti yang bertanding di sesuatu tempat - Parlimen dan DUN - boleh dimasukkan khusus di tempat mereka bertanding.

2) Setiap laporan pemantauan harus disiarkan kepada orang awam kerana ia melibatkan kepentingan awam dan SPR juga bergerak dengan dana awam. Bagaimanapun, saya fikir orang awam juga mesti diberitahu bahawa SPR tidak wajar disalahkan dalam semua perkara kerana usaha membersihkan dan memastikan keadilan pilihan raya adalah tugas kita semua. Ada perkara-perkara tertentu perlu dibetulkan di pihak pengundi atau parti bertanding kerana saya percaya sebahagian peraturan pilihan raya itu tidak pun difahami atau diketahui, justeru kesilapan itu berlaku atau berulang. Sebagai contoh, ada pengundi atau petugas parti yang bersemangat mahu memakai pakaian yang tertera nama atau logo parti di pakaiannya - baju, topi atau beg misalnya - ketika ke tempat pengundian. Ini adalah satu kesalahan pilihan raya dan tidak sepatutnya berlaku.

3) SPR bagaimanapun harus menjelaskan isu yang timbul atau berbangkit daripada laporan yang ada, khususnya berkaitan dengan bidang kuasa mereka.

4) Oleh kerana SPR mungkin mempunyai keterbatasan tersendiri, jawatankuasa pemantau pilihan raya ini boleh diberikan kuasa untuk mengambil tindakan menguatkuasa perkara berhubung pilihan raya. Ini mungkin melibatkan sedikit birokrasi misalnya usul di Parlimen.

7/06/2011

Tuntutan 5

Bersih 2.0 juga mengusulkan tempoh kempen minima selama 21 hari.

Secara peribadi, saya fikir perkataan yang lebih tepat sepatutnya tempoh kempen yang munasabah. Namun, perkataan munasabah ini terlalu longgar untuk ditentukan. Saya fikir, perlu ada satu mekanisme khusus untuk menentukan tempoh kempen yang munasabah.

Saya percaya Bersih 2.0 mengusulkan tempoh kempen 21 hari dengan mengambil kira kempen Pilihan Raya Umum di mana parti-parti utama biasanya bertanding hampir di seluruh negara. Justeru, tempoh kempen ini membolehkan tokoh-tokoh daripada parti berkenaan menjelajah ke hampir semua bandar-bandar utama di setiap negeri untuk tujuan tersebut.

Untuk saya, tempoh 21 hari mungkin tidak sesuai untuk pilihan raya kecil. Namun, mekanisme boleh dibuat berdasarkan jumlah pengundi dan keluasan kawasan.

Sebenarnya, tempoh kempen ini terkait langsung dan tidak langsung dengan kepastian tarikh pilihan raya dan juga keupayaan untuk mendekati pengundi. Justeru, saya fikir Malaysia perlu mempunyai ketetapan tarikh pilihan raya dan tidak lagi bergantung kepada budi bicara seorang Perdana Menteri atau kabinet.

Saya yakin Pilihan Raya Umum sepatutnya dibuat tidak kurang daripada 4 tahun dan tidak lebih daripada 5 tahun. Sebagaimana lazimnya amalan undang-undang, peruntukan untuk pengecualian daripada tempoh itu boleh dibuat atas faktor-faktor yang boleh ditentukan. Satu tarikh khusus boleh diambil misalnya 16 September atau jika ia bertindih dengan hari kebesaran atau bulan Ramadhan misalnya, satu tarikh lain hendaklah dipilih dan tidak melebihi 30 hari daripada tarikh itu. Ini hanya contoh. Di Amerika misalnya, Hari Pengundian ditentukan oleh undang-undang berkaitan Pilihan Raya. Ia dibuat pada hari Selasa selepas Isnin pertama di bulan November.

Tujuan saya mengatakan seeloknya antara 4-5 tahun ialah supaya setiap wakil rakyat yang telah terpilih dapat berkhidmat pada kadar masa berpatutan. Jika Pilihan Raya dibuat selepas 3 tahun penggal berlangsung, untuk saya ia terlalu cepat dan boleh meningkatkan kos yang tidak perlu. Namun, saya percaya ada pengecualian boleh dibuat.Selain itu, saya berpendapat jika tempoh 21 hari mahu dipakai sebagai tempoh kempen Pilihan Raya Umum, ia jangan dijadikan tempoh minima atau maksima tetapi jadikan ia tempoh yang tetap. Misalnya, tempoh antara pembubaran kabinet kerajaan dengan Pilihan Raya hendaklah antara 21 hari hingga 28 hari di mana sepanjang tempoh itu setiap parti bertanding boleh berkempen di media arus perdana berdasarkan jumlah calon yang diletakkan mereka. Setiap parti diberikan 8 jam tempoh siaran bagi tujuan kempen.

Dalam sebuah negara yang sihat, stesen televisyen tidak wajar dihukum sekiranya mereka memilih untuk berpihak. Yang penting, kerajaan tidak wajar mengawal dan menentukan stesen televisyen mana yang diberikan lesen atau tidak. Saya yakin jika ada saluran khusus yang bersifat pro kerajaan semata2, akan ada pihak yang sedia membangunkan saluran lain yang tidak pro kerajaan. Dan sekali lagi, tidak mustahil juga akan ada saluran yang sangat kritikal kepada kerajaan dan pembangkang.

7/04/2011

Tuntutan 4

Tuntutan ke-empat Bersih 2.0 ialah akses media yang adil kepada semua parti politik yang bertanding.

Saya fikir tidak sukar untuk kita sendiri menghakimi bahawa media massa di Malaysia tidak memberi keadilan ini. Maksud saya, berita-berita bersifat politik cenderung hanya memaparkan hal yang positif terhadap pihak tertentu sementara hal negatif untuk pihak lawannya.

Akses media yang adil kepada semua parti politik yang bertanding adalah penting untuk memberikan pandangan berimbang terhadap dasar, program dan perlaksanaan apa juga perkara melibatkan dana dan kepentingan rakyat. Terlepas apa juga pandangan politik kepartian rakyat Malaysia, saya percaya pandangan berimbang (pelbagai hala) boleh diterima oleh mereka sebagai sebahagian proses kebijaksanaan.

Indeks kebebasan media yang dibangunkan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Without Borders) menunjukkan kemerosotan kedudukan Malaysia. Pada tahun 2010, Malaysia berada di kedudukan 141 dengan 50.75 mata, lebih buruk berbanding Mongolia (kedudukan 76, 19.42 mata), Indonesia (117, 35.83 mata), Singapura (136, 47.50 mata), Thailand (153, 56.83 mata) dan Filipina (156, 60 mata). Pada tahun 2009, Mongolia berada di kedudukan 91 dengan 23.33 mata, Indonesia (100, 28.50 mata), Filipina (122, 38.25 mata), Thailand (130,44 mata), Malaysia (131, 44.25 mata) dan Singapura (133, 45 mata). Malaysia pernah berada di kedudukan 92 dengan jumlah mata 22.25 pada tahun 2006.

Umumnya, persekitaran media di Malaysia tidak bebas. Ini ditandai dengan kewujudan kekangan dalam bentuk akta misalnya Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 yang mensyaratkan kelulusan Kementerian Dalam Negeri untuk penerbitan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memberi kuasa kelulusan lesen kepada Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal komunikasi, Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971) yang boleh memenjarakan seseorang sehingga tiga tahun jika disabitkan salah berdasarkan akta ini, Akta Rahsia Rasmi 1972 yang boleh memenjarakan orang yang memiliki atau mendedahkan dokumen rahsia rasmi kerajaan selain Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan tindakan pengharaman buku.Perkara 10 dijadikan sandaran untuk kebanyakan tindakan ini. Saya tidak bercadang mengupas lanjut Perkara 10 ini kerana telah menulisnya dalam artikel Bersih dan Kebebasan Berhimpun (rujuk: http://ideas.org.my/?p=3164). Saya juga ada mengupas lanjut dalam tulisan yang diterbitkan dalam buku Liku-Liku Reformasi yang boleh didapatkan di pasaran (rujuk: http://mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789675832093).

Malang sekali apabila Ezam Mohd Nor misalnya pernah ditangkap di bawah OSA hanya kerana mendedahkan dokumen bukti rasuah seorang Menteri. Pemenjaraan beliau membuktikan bahawa dokumen itu benar. Namun sayangnya beliau yang ditangkap sementara Menteri terbabit masih bebas hingga kini. Dalam dokumen yang dibawa oleh beliau itu, Peguam Negara telah memberi komentar bahawa kes itu mempunyai prima facie yang jelas.Dalam kes lain, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah ISA hanya kerana melaporkan berita sebenar percakapan pemimpin UMNO di Pulau Pinang, Ahmad Ismail yang mengeluarkan kenyataan perkauman. Namun sekali lagi malang, Menteri Dalam Negeri waktu itu, Syed Hamid Albar mengatakan penahanan beliau adalah untuk melindunginya!

Ada yang berkata media milik pembangkang juga berat sebelah iaitu hanya memburukkan kerajaan dan parti pemerintah. Saya bersetuju dengan itu. Namun, adalah wajar untuk kita melihatnya secara objektif iaitu media itu memang namanya media parti. Dengan kekangan media yang ada, dan diburukkan hampir setiap hari oleh media arus perdana, serta keupayaan kewangan yang terhad, adalah boleh difahami sekiranya media partisan itu mengambil pendekatan yang demikian. Lebih-lebih lagi Kementerian meletakkan syarat lucu "hanya untuk ahli sahaja" untuk media berkenaan.Yang dipersoalkan Bersih 2.0 ialah media massa. Jika media massa sedia ada cenderung pro-pemerintah kerana adanya saham daripada parti-parti pemerintah sekalipun, cara lain yang wajib dijalankan ialah membenarkan pembukaan media-media lain yang berminat untuk melabur bagi mendapatkan berita dari sisi pembangkang atau kedua-dua sekali - kerajaan dan pembangkang.

Saya berkeyakinan, dengan adanya media bebas dan adil untuk diakses oleh setiap pihak, kematangan berpolitik rakyat Malaysia akan meningkat secara drastik di mana pelaku politik akan lebih berhati-hati dalam setiap percakapan dan tindakan mereka. Saya tidak terkejut jika adanya media bebas dan adil, rakyat Malaysia akan menikmati lebih daripada sudut pandang BN atau PR sahaja kerana ada banyak sudut pandang lain yang boleh mencabar kedua-dua pihak ini.

Kantoi

Saya selalu bersimpati dengan PAS. Meskipun tidak merasakan 'persekitaran PAS' cocok dengan cara saya (baik pemikiran atau tindakan), simpati sentiasa ada kerana kezaliman UMNO-BN. Sesekali geram saya kepada cara politik PAS ada juga dizahirkan.

Kerana simpati kepada PAS, saya tidak melepaskan peluang tertentu untuk memberi input kepada parti itu apabila diperlukan. Kertas kerja yang dibentangkan oleh Wan Saiful Wan Jan, Pengarah Eksekutif IDEAS yang juga ahli seumur hidup PAS itu akan dikemaskini untuk dijadikan satu dokumen rujukan PAS.

7/03/2011

Tuntutan 3

Tuntutan ketiga Bersih 2.0 ialah penggunaan dakwat kekal. Tujuannya sangat jelas dan terkait dengan tuntutan pertama dan kedua iaitu bagi mengelakkan pengundian berulang.

Pada tahun 2007, SPR pernah memaklumkan kesediaan mereka mempertimbangkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-12 sebagaimana dituntut oleh Bersih. Namun, pada 4 Mac 2008, iaitu sekitar 3 hari sebelum tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 berlangsung, SPR membuat pengumuman pembatalan penggunaan dakwat ini.

Menurut kenyataan Pengerusi SPR pada waktu itu, pembatalan ini adalah berdasarkan arahan kabinet. Kenyataan ini sebenarnya secara jelas menunjukkan bahawa ada campur tangan yang tidak wajar berlaku. Rakyat harus jelas bahawa kedudukan kabinet pada waktu itu ialah sebagai kabinet sementara (caretaker) sahaja. Lebih penting, anggota kabinet terdiri daripada para individu yang turut bertanding dan mempunyai kepentingan langsung dalam keputusan yang diambil itu.

Sebelum pembatalan itu dibuat, satu usaha mengolah persetujuan ramai juga cuba dibuat iaitu dengan menimbulkan isu berkaitan agama dari hal sah atau tidak amalan muslim dengan hadirnya dakwat kekal ini di jari (untuk satu tempoh tertentu). Alhamdulillah, majlis fatwa berpendapat ia harus (rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/isu-penggunaan-indelible-ink)

Satu lagi sebab pembatalan adalah kerana wujudnya laporan mengatakan wujudnya pihak tertentu yang menyeludup dakwat tersebut. Menurut kenyataan Ketua Polis Negara pada waktu itu, empat laporan dibuat dan penyiasatan dilakukan (Rujuk: http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/pilihanraya/Berita/Semasa/20080307094641/Article/indexberita_html). Namun, sehingga kini, selepas lebih tiga tahun, tidak ada perkembangan lanjut berkaitan siasatan ini dikemukakan. Ketika menjawab soalan YB Kelana Jaya di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz mengatakan bahawa pihak polis mendapati ianya tidak tepat namun ia juga bukan satu laporan palsu.

Berdasarkan keyakinan yang tidak pernah dibuktikan itu, SPR membatalkan penggunaan dakwat tersebut dan ia telah menelan kos sebanyak RM3 juta (rujuk: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2008/3/5/TERKINI/Mutakhir/Pilihan_Raya_Umum_2008/Dakwat_kekal_SPR_diperangkap_atau_terperangkap&sec=mstar_berita). Sehingga kini, tidak pernah sekalipun SPR membuktikan bahawa mereka memang telah membeli dakwat itu dan boleh membuktikannya. Apabila didesak, SPR mendakwa bahawa mereka telah melupuskan dakwat itu!

Ini jelas satu tindakan sendiri yang sangat diragukan. Lebih malang, tindakan ini dibuat dengan melibatkan dana awam berjumlah RM3 juta! Selain itu, saya tidak pasti apakah itu satu usaha pihak polis memperlekeh agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal penyeludupan ini.

Kemudian, SPR mengemukakan alasan baru yang disokong oleh Datuk Nazri Aziz. Alasan baru ialah penggunaan dakwat kekal boleh menyalahi Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan yang memberi jaminan kepada warganegara yang sah dan layak untuk mengundi.

Artikel 119 (1) menyebut:
"Tiap-tiap warganegara yang (a) telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan; dan (b) bemastautin dalam sesuatu bahagian pilihanraya pada tarikh kelayakan itu atau, jika tidak bermastautin sedemekian, adalah seorang pengundi tak hadir, dan (c) didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan; berhak mengundi…."
SPR merasa bimbang jika adanya pihak tertentu mensabotaj pengundi dengan mencalit dakwat kekal yang digunakan kepada pengundi yang belum mengundi. Itu akan menyebabkan hak mereka dinafikan. Untuk saya, ini adalah hujah terkuat untuk dibawakan oleh SPR. Namun, itu tidak bermakna hujah ini tidak boleh disantuni.

Pertama, secara peribadi saya masih tertanya "orang kaya mana?" yang berminat membelanjakan jutaan wang hanya untuk menjalankan kerja sabotaj ini?

Kedua, saya fikir bukanlah mudah untuk 'suka-suka' mencalit dakwat kekal ke jari orang. Namun, saya tidak menolak kemungkinan wujudnya strategi pihak tertentu untuk mempertikai SPR dengan cara menanda jari ahli mereka sendiri dan kemudian mengatakan bahawa mereka dinafikan hak.

Saya berpendapat SPR tidak wajar menggunakan satu petunjuk saja untuk membolehkan isu-isu yang dipertikaikan disemak. Kes yang boleh dikaitkan dengan peruntukan Perlembagaan itu ialah kes di mana jarinya dicalit dakwat dan nama mereka masih tidak mengundi. Jika nama mereka telah ditandakan mengundi, kes ini tidak timbul. Dalam kata lain, bukan sahaja calitan dakwat dijari yang diambil sebagai kayu ukur, tetapi senarai nama yang lengkap dengan nombor kad pengenalan.

Untuk menguatkuasa hal ini juga, satu badan pemantau bebas dengan peruntukan kuasa yang jelas boleh dibenarkan terlibat. Mereka ini akan terlibat bersama dengan pihak polis dan jawatankuasa khas integriti pilihan raya untuk menangani kes membawa kad pengenalan orang lain, penipuan identiti dan sebagainya. Satu akuan sumpah juga boleh dilakukan untuk mengukuhkan lagi peruntukan kuasa dalam kes ini.

Jika dakwat kekal mahu dipakai, SPR harus mewar-warkannya di media arus perdana. Sewajarnya kempen bersifat pendidikan dibuat. SPR juga boleh mendapatkan bantuan pelbagai pihak untuk berkempen tentang hal ini. Ini membolehkan para pengundi faham dan tahu akan hak mereka serta memastikan bahawa tidak ada pihak yang akan bertindak sewenang-wenangnya untuk menafikan hak mereka.

SPR tidak sepatutnya mengumumkan kaedah biometrik sebagai cadangan untuk melengahkan komitmen ini. Kaedah biometrik boleh terus dianalisa mengikut kesesuaian dan kemampuan untuk dilaksana pada masa akan datang. Itu tidak harus menjadi alasan untuk menidakkan penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berulang dalam pilihan raya akan datang. SPR sendiri sudah maklum bahawa laporan penyeludupan yang disebut sebelum ini adalah tidak benar. Maka, tidak perlu ada kegusaran akibat momokan sendiri.

7/01/2011

Tuntutan 2

Tuntutan kedua Bersih 2.0 ialah reformasi kepada sistem undi pos.

Terlebih dahulu wajarlah kita memahami asas kewujudan undi pos. Undi pos sebenarnya adalah satu kaedah untuk menjamin warganegara yang layak dan berdaftar sebagai pengundi sah boleh melaksanakan haknya meskipun berada dalam situasi yang boleh menghalang mereka untuk menyertai proses pengundian.

Hal berkaitan undi pos ini boleh dibaca di bawah Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003. Menurut Datuk Kamaruzaman Mohd Nor, Setiausaha SPR, mereka yang layak mengundi pos ialah anggota keselamatan, khususnya tentera, pelajar di luar negara, kakitangan kedutaan dan keluarga mereka.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara tidak dibenarkan membuang undi dengan cara ini.

Pertikaian wujud kerana undi pos didakwa menjadi satu cara parti pemerintah untuk kekal berkuasa. Dalam maksud lain, dakwaan bermaksud undi pos ini dimanipulasi. Rekod aliran pengundian melalui pos ini menguatkan dakwaan tersebut.

Ada juga dakwaan bahawa parti pembangkang juga mendapat sebahagian undi daripada kaedah ini. Kenyataan ini juga mirip dengan dakwaan bahawa sebahagian pengundi yang berkongsi alamat yang sama dilakukan oleh parti pembangkang.

Ini adalah tuduhan yang menarik untuk saya kerana ternampak di sana tuntutan Bersih 2.0 itu merentasi kepentingan parti politik, dan sokongan parti politik khususnya pembangkang dalam Bersih 2.0 itu seolah-olah merugikan diri sendiri. Tetapi hakikat bahawa parti pembangkang menyokong tuntutan Bersih 2.0 juga boleh menggambarkan kesediaan mereka untuk bertanding di padang sama rata (level playing field).

Dakwaan undi pos dimanipulasi ini tentulah besar. Ia seolah-olah menggambarkan bahawa negara diperintah oleh mereka yang tidak mempunyai legitimasi.

Adakah dakwaan ini kosong? Mungkin. Namun, tidak ada penjelasan misalnya selepas bekas Lans Koperal 4-Renjer ATM, Nasir Moni memberi keterangan bahawa selama 15 tahun beliau berkhidmat dengan institusi tersebut, beliau telah memangkah beribu-ribu undi pos angkatan tentera. Ini hanya satu contoh yang ada.

Dalam satu forum anjuran Pertubuhan Kebajikan Budi Malaysia (Budi), Laksamana Madya (B) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tan Sri Mohamad Shariff Ishak pula menegaskan amalan atau sistem undi pos kini tidak relevan berdasarkan keadaan keselamatan di negara ini kerana ia boleh disalah gunakan oleh orang-orang tertentu. Menurut beliau: "Keadaan negara kini sudah tidak memerlukan undi pos kerana askar kini sudah tidak ditempatkan di kawasan terpencil dan sekiranya mereka ditugaskan di udara atau laut, mereka boleh dibawa ke pengkalan semasa hari pengundian dilakukan.

Pada hemat saya, mereka ini tentulah lebih memahami persekitaran kerja mereka untuk mengatakan sistem undi pos tentera itu boleh diperbaiki atau tidak.

Dalam konteks tertentu, keraguan wujud kerana sebilangan angkatan tentera misalnya mempunyai dua kad pengenalan diri - satu kad pengenalan umum dan satu kad pengenalan tentera. Tidak dapat dipastikan bagaimana kaedah memastikan mereka hanya mengundi sekali sahaja.

Saya fikir reformasi yang boleh dibuat adalah seperti berikut:

1. Undi pos dimansuhkan tetapi digantikan dengan satu sistem lain yang tidak membelakangi hak pengundi yang sebelum ini termasuk dalam kategori pengundi pos. Satu ketetapan boleh dibuat untuk membolehkan mereka maklum, misalnya pelajar di luar negara boleh mengundi di Kedutaan Malaysia dan sebagainya.

2. Senarai nama dan maklumat umum pengundi sistem gantian undi pos ini mestilah diisytiharkan kepada umum melalui media cetak/buku senarai pemilih supaya ia dapat disemak dan disahkan sekiranya ada pertikaian kemudiannya.

3. Wakil calon/parti bertanding dibenarkan hadir untuk melihat proses pengundian dan memastikan ia telus.

4. Kiraan dibuat terus di tempat mengundi pada hari pengundian tersebut dengan kehadiran sekurang2nya wakil calon/parti bertanding (meskipun proses ini mungkin dibuat lebih awal). Menangguhkan proses kiraan hanya membuka ruang kepada spekulasi.

5. Borang 14 yang menjadi borang rasmi keputusan Pilihan Raya perlu ditandatangani oleh SPR dan wakil2 calon serta saksi bebas yang diyakini - misalnya dibentuk satu suruhanjaya diraja yang terdiri daripada individu-individu yang sangat dihormati dalam masyarakat, khusus untuk tujuan ini.

6. Rakyat Malaysia di luar negara harus dibenarkan bersama dalam proses pengundian tersebut. Mereka perlu mendaftar di Kedutaaan Malaysia dalam tempoh tertentu yang munasabah. Pengesahan kewarganegaraan perlu dibuat untuk mengelakkan adanya pengundi tidak sah terlibat.

7. Untuk mengelakkan pengundian berulang, ia terkait dengan Tuntutan ke-3 Bersih 2.0 yang akan saya bincangkan esok, insyaAllah.

Ini hanyalah sebahagian cadangan. Tuntutan kedua Bersih 2.0 ini jelas ada asas dan cadangan penambahbaikan tidak terlalu sukar untuk dilaksanakan.