9/16/2011
Hari Malaysia
Usia negara Malaysia kini 48 tahun. Adalah menjadi satu tuntutan patriotik untuk kita memastikan negara ini ditadbir dengan lebih baik, tanpa rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kezaliman.
Kata Kunci
Negara
9/11/2011
911
Ya, hari ini 10 tahun genap peristiwa 911. Banyak belum dirungkai daripadanya. Saya punya keyakinan bahawa ia adalah konspirasi. Itu tidak bermakna saya menafikan wujud sejumlah ancaman keganasan dari kalangan yang mengaku muslim.
Lama tidak menulis. Raya tahun ini bersekali dengan sambutan kemerdekaan. Ia juga hangat dengan perdebatan berterusan isu yang bermula dari kenyataan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS, tentang Mat Indera.
Selepas melihat pelbagai sisi, saya menulis sedikit tentangnya.
Lanjutan daripada isu tersebut, kini timbul pandangan baru (sebenarnya tidak baru buat saya) tentang sama ada British pernah menjajah negara kita atau tidak. Dalam hal ini saya cenderung bersetuju dengan Profesor Abdul Aziz Bari bahawa secara teknikalnya nampak tidak, tetapi secara hakikatnya ya.
Saya juga sudah jarang menulis. Saya kehilangan mood untuk menulis. Bertambah rasa sedih kerana kehilangan dua buah buku...
Kata Kunci
Hidup
9/04/2011
Aidilfitri
Tahun ni 7 malam di Kangar, Perlis dan 2 malam di Setiawan, Perak. Inilah untungnya bila Aidilfitri jatuh di pertengahan minggu!
Eid mubarak! Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah s.w.t.
Kata Kunci
Islam
Subscribe to:
Posts (Atom)