10/28/2011
10/24/2011
Pasca Kematian Gaddafi
Saya menemukan sejumlah pandangan yang janggal. Saya tidak faham bagaimana manusia boleh menerima pembunuhan dan korupsi untuk menjustifikasikan 'jasa' pemimpin hanya kerana mereka mengaku memperjuangkan Islam dan menentang Barat?
Apapun, saya tidak bersetuju Gaddafi dibunuh. Saya percaya bahawa hukum tak wajar dibelakangi. Sepatutnya beliau dibawa ke mahkamah antarabangsa.
Al-Fatihah. Saya yakin Tuhan Maha Adil.
Kata Kunci
Antarabangsa
10/20/2011
Aziz Bari
Malam ini mahasiswa di UIAM boleh mula cetak muka Profesor Dr. Abdul Aziz Bari. Esok usai solat Jumaat dan solat sunat, boleh pakai. Berkumpul dan tidak perlu bercakap terlalu panjang. Cukup dengan umumkan bahawa "Setiap daripada kita ialah Aziz Bari!".
Perjuangan kebebasan akademik juga boleh dilakukan dengan penentangan pasif - boikot semua kuliah!
Kata Kunci
Pendidikan
10/18/2011
HIMPUN
HIMPUN ada hak untuk berhimpun sebagaimana dijamin Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Bagi yang membantah, mereka juga berhak membantah.
Lakukan secara aman.
Jika ditanya, saya berpendirian HIMPUN gagal jika hanya diisi dengan 'ketakutan kepada gerak kerja penyebaran agama bukan Islam' serta 'ugutan dan cemuhan kepada penganut agama bukan Islam'.
Setiap tahun, himpunan kedua terbesar di dunia iaitu Jemaah Tabligh mengeluarkan belanja sendiri untuk berkhidmat kepada agama, bertemu manusia dan bercerita tentang kebesaran Allah s.w.t. dengan pengorbanan harta, masa dan tenaga.
Kita tidak perlu jadi tabligh, tetapi kita perlu membuang mentaliti yang menganggap Islam itu bergantung kepada kekuatan makhluk, dan bukan Yang Maha Esa.
Lakukan secara aman.
Jika ditanya, saya berpendirian HIMPUN gagal jika hanya diisi dengan 'ketakutan kepada gerak kerja penyebaran agama bukan Islam' serta 'ugutan dan cemuhan kepada penganut agama bukan Islam'.
Setiap tahun, himpunan kedua terbesar di dunia iaitu Jemaah Tabligh mengeluarkan belanja sendiri untuk berkhidmat kepada agama, bertemu manusia dan bercerita tentang kebesaran Allah s.w.t. dengan pengorbanan harta, masa dan tenaga.
Kita tidak perlu jadi tabligh, tetapi kita perlu membuang mentaliti yang menganggap Islam itu bergantung kepada kekuatan makhluk, dan bukan Yang Maha Esa.
Kata Kunci
Agama
Korupsi Haji?
Ramai orang tahu Arab Saudi mendapat banyak kemasukan wang melalui ibadah haji sahaja. Itu rezeki yang ditetapkan Allah s.w.t. untuk bumi bertuah itu.
Namun di negara-negara umat Islam, saya tidak terkejut jika ada yang mahu menjana kekayaan melalui ibadah haji juga. Ia tidak salah, tetapi biarlah dengan cara yang betul.
Hari ini Kerajaan Persekutuan Malaysia mengumumkan tambahan kuota haji. Alhamdulillah, syukur. Namun ada persoalan yang timbul. Benarkan lesen untuk agensi yang menguruskan jemaah haji tambahan ini ada pada Dewan Perniagaan Melayu dan juga sebuah pertubuhan pelancongan bumiputera dan jemaah haji perlu membayar sehingga ribuan ringgit kepada mereka?
Kata Kunci
Islam
10/14/2011
Tauliah untuk bercakap mengenai Islam
Saya tidak tahu sama ada kita semua pernah bertanya "Siapa yang layak memberikan tauliah kepada orang yang mahu bercakap mengenai agama?"
Pada hemat saya, dulu Rasulullah s.a.w. memberikan tauliah kepada seluruh umat ini agar menyampaikan daripadanya walaupun satu ayat.
Tauliah manakah yang lebih besar?
Saya berpendapat bahawa tauliah hanyalah alat politik. Bila sebut politik, ia tidak semestinya mengenai parti atau orang politik. Ia lebih luas. Dalam kes ini, 'orang agama' cuba mengawal sumber agar beredar di kalangan aliran mereka sahaja. Sumber ini tidak semestinya wang, tetapi pelbagai bentuk 'kebebasan'.
Kata Kunci
Agama
10/08/2011
Belanjawan 2
Pernahkah kita bertanya daripada mana sumber yang bakal diambil untuk menampung perbelanjaan yang dibentang dalam belanjawan negara?
Apakah kita tahu bahawa hutang negara kini mencecah RM437 billion dengan kadar faedah yang dikenakan ialah sebanyak 10.5% setahun?
Saya tidak menemukan strategi mengurangkan atau membayar semula hutang-hutang ini. Saya hanya ingat kata-kata Tun Dr. Mahathir dulu "generasi akan datanglah yang perlu membayarnya."
Kata Kunci
Ekonomi
10/07/2011
Belanjawan
1. Istilah belanjawan lebih tepat berbanding bajet. Bajet diambil daripada bahasa Perancis, bougette yang bermaksud beg. Istilah belanjawan telah lama wujud dalam bahasa Melayu.
2. Belanjawan 2012 menunjukkan belanja mengurus terus tinggi (RM181.6 billion) berbanding belanja pembangunan (RM51.2 billion) menjadikan keseluruhannya RM232.8 billion. Ini belum termasuk belanjawan tambahan sebagaimana berlaku dulu (dengan harapan ia tidak akan berlaku).
3. Saya fikir, satu budaya baru perlu dibentuk iaitu laporan belanjawan tahun sebelumnya perlu dibentangkan sebelum belanjawan baru dikemukakan.
Kata Kunci
Ekonomi
Subscribe to:
Posts (Atom)